Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9560
Title: Tahap kesedaran terhadap hak-hak klien dalam etika kaunseling di kalangan kaunselor pelatih
Authors: Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin
Keywords: Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin
LP 11 FPE 1 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap hak-hak klien dalam etika kaunseling di kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Terengganu. Empat aspek dalam etika kaunseling telah dikaji iaitu kerahsiaan, autonomi klien, keadilan melayan klien, dan kebajikan klien. Pendekatan teori yang digunakan ialah Model Taakulan Moral dan Etika (Model of Moral and Ethical Reasoning) yang diasaskan oleh Kitchener (1984) dan Beauchamp dan Childrenss (1989). Pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini ialah tahap kesedaran. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah hak-hak klien dalam etika kaunseling yang melibatkan aspek kerahsiaan, autonomi klien, keadilan melayan klien dan kebajikan klien. Reka bentuk kajian yang digunakan merupakan reka bentuk kajian deskriptif. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian tinjauan dengan menggunakan lnstrumen Etika Kaunseling yang dibina oleh Ooi Hooi Imm (2000). Nilai alpha yang diperolehi bagi reliabiliti ialah .93. Responden kajian terdiri daripada pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Kaunseling iaitu seramai 70 orang. Persampelan bertujuan digunakan bagi mendapatkan responden kajian untuk dijadikan sebagai responden kajian.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9560
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 11 FPE 1 2008 Abstract.pdf563.6 kBAdobe PDFView/Open
LP 11 FPE 1 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.72 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.