Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9559
Title: Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap pencapaian akademik pelajar tingkatan empat
Authors: Yanti Amir
LP 12 FPE 1 2008
Keywords: Yanti Amir
LP 12 FPE 1 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap pencapaian akademik. Kajian ini meliputi tiga dimensi gaya asuhan ibu bapa iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan permisif dan gaya asuhan authoritarian. Selain daripada itu, pengkaji turut meninjau perbezaan pembolehubah tersebut berdasarkan jantina. Seramai 156 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong Sarawak telah dijadikan sebagai responden kajian. Instrumen kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama meliputi jantina dan pencapaian akademik pelajar. Bahagian kedua pula ialah soal selidik "Parental Authority Questionnaire" (PAQ)" . Soal selidik ini di ambil dari kajian Kuan Siew Ling (2004). Kaedah statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratusan dan kekerapan. Manakala ujian Korelasi Pearson dan ujian-t digunakan untuk statistik inferensi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan gaya asuhan autoritatif dengan tahap pencapaian akadernik pelajar. Manakala tidak terdapat hubungan yang sigifikan gaya asuhan autoritarian dan permisif dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan gaya asuhan ibu bapa permisif dan autoritarian yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun terdapat perbezaan gaya asuhan ibu bapa autoritatif yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan bahawa gaya asuhan ibu bapa antara faktor penting dalam mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9559
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 12 FPE 1 2008 Abstract.pdf605.47 kBAdobe PDFView/Open
LP 12 FPE 1 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.91 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.