Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9558
Title: Hubungan personaliti dan pencapaian akademik dikalangan pelajar sarjana muda kaunseling
Authors: Wan Syazana Wan Ahmad@Seman
LP 13 FPE 1 2008
Keywords: Wan Syazana Wan Ahmad@Seman
LP 13 FPE 1 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dilakukan bagi melihat tret-tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana Muda Kaunseling Tahun Tiga dan juga hubunganya dengan pencapaian akademik. Seramai 50 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling Tahun Tiga telah dipilih sebagai responden. Teori yang digunakan ialah Teori Personaliti Hans Jurgen Eysecnck. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang respondan manakala bahagian B merupakan Junior Eysenck Personality Inventory yang telah diterjemahkan oleh Sidek Mohd Noah. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai tentang jenis-jenis dimensi personaliti dan pencapaian akademik. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson dan ujian-t digunakan untuk menunjukkan hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu personaliti dan pencapaian akademik dan perbezaan antara dua pemboleh ubah iaitu personaliti dan jantina pelajar. Analisis dapatan kajian adalah dengan menggunakan perisian SPSS 15.0 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala analisis kajian mengenai personaliti dengan jantina pula, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara personaliti ekstrovert di kalangan pelajar pada signifikan o.oo dan tidak terdapat hubungan antara personaliti neurosis dengan jantina di kalangan pelajar iaitu pada signifikan 0.205.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9558
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 13 FPE 1 2008 Abstract.pdf449.24 kBAdobe PDFView/Open
LP 13 FPE 1 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.