Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9546
Title: Kesan banjir ke atas pembangunan ekonomi kajian kes : Kota Tinggi
Authors: Aleff Omar Shah Nordin
Keywords: Aleff Omar Shah Nordin
LP 4 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Banjir merupakan suatu fenomena dan bencana alam yang boleh mendatangkan impak negatif kepada ekonomi dan sosial masyarakat. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah menyebabkan kerugian dan kemusnahan harta benda. Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, banjir besar telah melanda Negeri Johor di mana hampir keseluruhan daerah di Negeri Johor telah dilanda banjir. Kota Tinggi adalah di antara daerah yang paling teruk terjejas dan merupakan banjir yang paling besar dan terburuk dalam sejarahnya. Akibat daripada banjir tersebut, penduduk di Kota Tinggi telah mengalami kerugian yang besar akibat kemusnahan harta benda, infrastruktur dan telah mengakibatkan daerah Kota Tinggi terputus hubungan dengan daerah-daerah lain di Negeri Johor serta membantutkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di Kota Tinggi. Justeru itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh manakah bencana banjir memberi impak kepada pembangunan ekonomi di Daerah Kota Tinggi. Kajian ini menggunakan model regrasi berbilang dan pengujian statistik untuk menguji hubungan di antara pemboleh ubah bebas dan pembolehubah bersandar yang telah dipilih. Keputusan hasil kajian membuktikan bahawa bencana banjir yang telah melanda Daerah Kota Tinggi telah menjejaskan pembangunan ekonomi dan telah menjejaskan sosio ekonomi penduduk di daerah tersebut.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9546
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 4 FPE 2 2008 Abstract.pdf556.77 kBAdobe PDFView/Open
LP 4 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.72 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.