Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9545
Title: | Kesan votaliti kuasa beli pengguna terhadap pertumbuhan ekonomi : analisis model regresi linear dan model siri masa univariat |
Authors: | Ang Shaw Yang |
Keywords: | Ang Shaw Yang LP 5 FPE 2 2008 |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kertas projek ini melibatkan 2 pendekatan, iaitu model regresi linear dan model univariat atau dikenali sebagai model ARIMA. Model pertumbuhan endogenous seperti yang dicadangkan oleh Romer diubahsuaikan dalam mengkaji kesan kadar inflasi terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia selepas krisis kewangan 1997. Selain itu, model ARIMA menjelaskan tren pertumbuhan ekonomi berdasarkan nilai dan ralatnya yang lepas. Tujuan kertas ini adalah mengukur sejauh manakah kerajaan Malaysia telah mengawal tingkat harga umum dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kertas ini mempertikaikan bahawa kenaikan harga barang runcit kebelakangan ini sebenarnya tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan negara dan ini telah mengimbangi pengurangan dalam kuasa beli pengguna. Persoalan juga timbul apabila prestasi ekonomi yang dilanda oleh krisis kewangan telah menyusahkan proses membuat keputusan pelaburan oleh sektor ekonomi. Oleh itu, model ARIMA digunakan dalam menjelaskan tren pertumbuhan ekonomi dalam tempoh masa tahun 1992 hingga tahun 2007. Kedua dua model dianggarkan dengan kaedah OLS. Ujian diagnostik dijalankan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini. Oleh itu, model ini adalah bebas daripada masalah siri korelasi dan heteroskedastisiti. Kertas ini mencadangkan bahawa kaedah ARIMA lebih sesuai digunakan untuk peramalan luar sampel terutamanya dalam jangka masa pendek. Pertumbuhan ekonomi Malaysia diramalkan mencapai 7.4% dan 5.9% pada tahun 2008 dan tahun 2009 masing masing. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9545 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 5 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 491.11 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 5 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 3.17 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.