Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9542
Title: Analisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu
Authors: Bong Li Fong
Keywords: Bong Li Fong
LP 8 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Isu mengenai kemiskinan dan kualiti hidup di Kuala Terengganu menjadi sangat penting kerana kebanyakan daripada isi rumah tergolong dalam golongan miskin dan pembasmian kemiskinan di kalangan golongan ini menjadi salah satu aspek yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pembasmian kemiskinan di Kuala Terengganu harus menekankan kepada pembangunan sektor utama yang produktif dan mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kajian ini menganalisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu. Kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Joseph P. Dejuan ( 1999) serta Joanne Cutler (2005) menunjukkan bahawa sememangnya terdapat hubungan yang kuat antara pendapatan dan kekayaan dengan perbelanjaan isi rumah. Justeru itu, kajian ini memberi tumpuan kepada aspek pendapatan, perbelanjaan, pinjaman, tabungan dan taraf hidup isi rumah. Data yang digunakan merupakan data primer yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas 100 orang responden yang dipilih secara rawak di kawasan sekitar Kuala Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah SPSS. Hasil kajian korelasi menunjukkan bahawa tabungan mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan jumlah pendapatan. Perbelanjaan makanan dan pengangkutan atau komunikasi mempunyai hubungan kuat dengan jumlah pendapatan manakala hubungan antara perbelanjaan kesihatan dengan jumlah pendapatan adalah sederhana. Dari aspek perbelanjaan pendidikan pula, kajian mendapati bahawa hubungan di antara perbelanjaan pendidikan dengan jumlah pendapatan dan jumlah pinjaman adalah sederhana. Waiau bagaimanapun, keputusan kajian regresi menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah bebas yang diuji adalah signifikan dengan pemboleh ubah bersandar.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9542
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 8 FPE 2 2008 Abstract.pdf466.82 kBAdobe PDFView/Open
LP 8 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.89 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.