Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9540
Title: Analisis model pilihan dalam pengurusan sisa pepejal di Sarawak
Authors: Caroline Amy Tyon
Keywords: LP 9 FPE 2 2008
Caroline Amy Tyon
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Di Malaysia, pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal. Untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh pihak berkuasa tempatan, proses penswastaan dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal telah diperkenalkan pada tahun 1996. Ianya bertujuan untuk mengintegrasikan sistem pengurusan sisa pepejal yang efisien di samping meningkatkan kualiti alam sekitar melalui penggunaan semula sumber dan pengurangan sisa. Waiau bagaimanapun, didapati bahawa berlakunya ketidakpastian dalam sikap dan tahap kesedaran pengguna berhubung kepada beberapa isu dalam pengurusan sisa pepejal yang menghalang perlaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efisien. lsu utama dalam masalah pengurusan sisa pepejal ini adalah permintaan pengguna atau kesanggupan membayar terhadap jenis kriteria perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, kajian ini akan melihat ciri - ciri yang masyarakat akan pertimbangkan bagi membaiki sistem pengurusan sis pepejal yang sedia ada berdasarkan kepada atribut - atribut perkhidmatan iaitu kekerapan memungut sampah, kaedah pelupusan sampah dan kesan kepada alam sekitar. Kajian ini menggunakan teknik penilaian bukan pasaran iaitu analisis Model Pilihan bagi menilai kesanggupan membayar masyarakat setempat terhadap sistem pengurusan sisa pepejal di Sarawak. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat pilihan atribut yang diutamakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat sanggup membayar sejumlah wang bagi membaiki sistem pengurusan sisa pepejal yang sedia ada. Di akhir kajian ini, beberapa interpretasi dasar dan cadangan dikemukakan bagi membaiki dan meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia, khususnya di Sarawak.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9540
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 9 FPE 2 2008 Abstract.pdf577.82 kBAdobe PDFView/Open
LP 9 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.15 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.