Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9523
Title: Faktor-faktor yang meningkatkan bilangan kematian dan kesannya ke atas pembangunan negara
Authors: Lee Mee Hui
Keywords: Lee Mee Hui
LP 23 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Peningkatan bilangan kematian serta kesannya ke atas pembangunan negara merupakan isu hangat yang sering diperkatakan. Hal ini kerana kekurangan sumber modal insan menyekatkan pembangunan negara. Oleh yang demikian, kajian in, dijalankan dengan objektif menganalisis faktor-faktor kematian yang meningkatkan jumlah kematian tahunan dalam negara serta kesannya ke atas pembangunan negara. Memandangkan jumlah kematian tahunan yang semakin meningkat di negara kesan daripada peningkatan kemalangan jalan raya dan kemunculan pelbagai penyakit kronik maka kajian ini amatlah diperlukan untuk membaiki keadaan semasa. Kajian L.Ruiz-Godoy, P.Rizo Rios, F.Sanchez Cervantes, A.Osornio-Vargas, C.Garcia-Cuellara dan A.Meneses Garcia (2007) menyatakan bahawa kadar kematian tertinggi yang disebabkan oleh kanser di seluruh dunia merupakan kanser paru-paru. Z.M.Chirenje pula mengatakan bahawa kanser serviks merupakan punca kedua yang paling biasa yang berkaitan dengan kematian wanita dan kadar kematian kanser bagi wanita adalah tinggi di negeri yang kekurangan sumber. Kaedah SPSS digunakan bagi menguji hubungan antara pembolehubah. Dari segi ujian kolerasi, wujud hubungan signifikan antara faktor-faktor kematian dengan jumlah kematian tahunan. Selain itu, hubungan signifikan turut wujud antara jumlah kematian tahunan dengan perbelanjaan dalam KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) menerusi ujian kolerasi. Manakala dari segi ujian regresi, wujud hubungan signifikan antara faktor-faktor kematian dengan jumlah kematian tahunan iaitu peningkatan dalam faktor-faktor kematian akan mempengaruhi peningkatan jumlah kematian tahunan seterusnya meningkatkan perbelanjaan dalam KDNK.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9523
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 23 FPE 2 2008 Abstract.pdf429.73 kBAdobe PDFView/Open
LP 23 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
5.91 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.