Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9503
Title: Laporan latihan praktikum di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
Authors: Sulaila Mohammed Ghazali
Keywords: LP 69 FPE 1 2007
Sulaila Mohammed Ghazali
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Secara keseluruhannya laporan akhir praktikum ini, menerangkan segala aspek pengalaman secara langsung dan tidak langsung yang telah dilalui oleh pelatih di organisasi praktikum iaitu di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Sepanjang tempoh latihan praktikum ini pelbagai pengalaman telah dilalui sama ada pahit dan manis dalam mendapat pendedahan yang amat bemilai bagi seorang bakal kaunselor. Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi selama menjalani latihan praktikum ini sudah pasti amat berharga bagi pelatih yang bakal berhadapan dengan situasi sebenar di alam profesionalisme kaunseling. Sepanjang latihan ini pelatih telah didedahkan dengan situasi sebenar seorang kaunselor di organisasi ini dengan menjalankan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi sesi kaunseling individu dan kelompok yang menjadi core business di organisasi. Selain itu, pelatih juga turut menjalankan aktiviti-aktiviti bimbingan lain seperti ceramah, seminar, pengujian psikologi dan aktiviti-aktiviti luar politeknik untuk para pelajar dan masyarakat. Pelatih juga tidak hanya berfokus kepada sesi kaunseling semata-mata tetapi juga turut didedahkan kepada pengurusan program. Pengurusan ini amat penting bagi memantapkan lagi skill dari aspek pengendalian dan pelaksanaan program. Selain itu juga dalam tempoh hampir enam bulan latihan praktikum di politeknik ini, pengaplikasian teori, kemahiran dan pendekatan kaunseling telah banyak dipraktikan dalam menolong para pelajar. Pelatih juga turut mengenal pasti masalah yang timbul di Politeknik Seberang Perai seperti permasalahan berkaitan dengan pelajar dan juga pentadbiran dan pengurusan. Pelatih juga turut mengambil inisiatif dan cadangan bagi mengatasi permasalahan tersebut.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9503
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 69 FPE 1 2007 Abstract.pdf617.78 kBAdobe PDFView/Open
LP 69 FPE 1 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
10.33 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.