Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9496
Title: Faktor-faktor dalam pemilihan premis perkhidmatan makanan di Kelantan oleh pelancong tempatan
Authors: Hafizati Mohd Din
Keywords: LP 7 FASM 2 2008
Hafizati Mohd Din
Issue Date: 2008
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor dalam pemilihan premis perkhidmatan makanan di kalangan pelancong tempatan di Kelantan. Seramai 300 orang responden telah dipilih sebagai sampel. Responden telah dipilih daripada lima buah lokasi persampelan iaitu di stesen bas, stesen teksi, stesen keretapi, lapangan kapalterbang dan stesen minyak bertempat di dua buah lokasi kajian iaitu di Kota Bharu dan Rantau Panjang. Kajian ini berbentuk diskriptif dan teknik persampelan bertujuan dan persampelan mudah digunakan. Instrumen kajian adalah berbentuk borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan data demografi responden, jenis pemilihan premis perkhidmatan makanan, jenis makanan yang dipilih dan faktor-faktor yang diambil kira di dalam pemilihan premis perkhidmatan makanan. Analisis statistik yang digunakan adalah analisis diskriptif dan analisis inferensi. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan responden adalah golongan lelaki (53.7%), berumur 20 hingga 29 tahun (48%), berstatus bujang (50.3%), status ijazah merupakan kelayakan akademik tertinggi (31.3%), pekerja sektor awam (45.7%), bermastautin di Kuala Lumpur (24%), majoriti melancong dengan tujuan bercuti (56.3%), kategori perjalanan adalah bersama keluarga (51.7%), pendapatan antara RM I 00 I hingga RM2000 (24.3%) dan menggunakan pengangkutan kereta (53.7%). Hasil analisis kajian juga menunjukkan pemilihan premis perkhidmatan makanan yang menjadi keutamaan responden adalah restoran makanan segera (36%). Bagi keseluruhan masakan, responden lebih cenderung memilih jenis masakan Melayu Kelantan (39.7%) dimana jenis !auk utama berprotein tinggi yang menjadi pilihan oleh pelancong tempatan di Kelantan adalah !auk utama berasaskan ayam (46.3%). Manakala yang menariknya bagi pilihan kuih muih mereka lebih cenderung memilih kuih muih seperti murtabak, popiah, karipap dan sebagainya yang bukan daripada kategori masakan Kelantan (29.7%). Kajian ini turut memfokuskan kepada faktor-faktor dalam pemilihan premis perkhimatan makanan iaitu faktor perkhidmatan/produk, promosi, harga, lokasi dan persekitaran sosiobudaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor harga merupakan faktor yang paling mempengaruhi terhadap pemilihan premis perkhidmatan makanan (skor min=3.99).
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9496
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 7 FASM 2 2008 Abstract.pdf593.44 kBAdobe PDFView/Open
LP 7 FASM 2 2008 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.38 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.