Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9487
Title: Persepsi pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan kantin sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu
Authors: Nor Azlina Alias
Keywords: LP 17 FASM 2 2008
Nor Azlina Alias
Issue Date: 2008
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap persepsi terhadap kualiti perkhidmatan tiga kumpulan pelanggan kantin sekolah menengah; iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Seramai 358 pelajar, 61 guru dan 24 kakitangan sekolah daripada IO buah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu telah telibat dalam kajian ini. Kajian yang berbentuk deskriptif ini menggunakan teknik persampelan mudah. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk memperolehi maklumat latar belakang serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelanggan dan tahap kepuasan terhadap kualiti perkhidmatan serta kualiti produk di kantin sekolah. Analisis statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif d,111 inferensi. Hasil daripada analisis yang dijalankan bagi mengetahui tahap persepsi pelbagai kumpulan pelanggan berdasarkan tiga faktor pembentuk persepsi iaitu foktor imej, faktor tizikal dan faktor psikologikal. Nilai skor min menunjukkan bahawa kantin sekolah kurang mempengaruhi atau kurang memberikan persepsi positif di kalangan pelajar (3.45). Waiau bagaimanapun, nilai skor min bagi guru (3.56) dan kakitangan sekolah (3.55) mencadangkan bahawa kantin sekolah mempunyai pengaruh atau mendapat persepsi positif di kalangan mereka. Analisis bagi menentukan faktor pembentuk persepsi yang paling positif terhadap ketiga-tiga kumpulan pdanggan telah dilakukan. Faktor psikologikal (3.84) merupakan faktor pembentuk persepsi utama di kalangan pelajar. Manakala, faktor imej merupakan faktor pembentuk persepsi utama di kalangan guru (3.70) dan kakitangan sekolah (3.76). Waiau bagaimanapun, keputusan yang diperolehi bagi mengetahui faktor pembentuk persepsi keseluruhan kumpulan pelanggan ialah faktor psikologikal dengan nilai skor min sebanyak 3.69. Keputusan daripada ujian tbebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signitikan (p<0.05) terhadap perkhidrnatan kantin sekolah di daerah Kuala T erengganu antara respond en pelajar dengan guru.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9487
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 17 FASM 2 2008 Abstract.pdf678.78 kBAdobe PDFView/Open
LP 17 FASM 2 2008 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.4 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.