Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9450
Title: | Kandungan dan agihan nutrien di dalam air di Kuala Ibai, Terengganu |
Authors: | Hasliza Sahfari |
Keywords: | LP 7 FMSM 2 2007 Hasliza Sahfari |
Issue Date: | 2007 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian mengenai kandungan dan agihan nutrien dalam air telah dijalan di Kuala lbai, Kuala Terengganu. Di mana kajian ini melibatkan dua sesi persampelan iaitu pada 2 November 2006 dan 25 Januari 2007 iaitu di 6 stesen di sepanjang Sungai Ibai. Kajian nutrien yang difokuskan adalah nitrit dan orto-fosfat serta kajian produktiviti. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati pada persampelan pertama kepekatan nitrit dalam air permukaan adalah lebih tinggi berbanding orto-fosfat. Nilai purata kepekatan nitrit dalam air permukaan adalah 1.844 mg/L dengan julat 0.407 mg/L - 4.180 mg/L. Manakala untuk air dasar pula, pada persampelan pertama yang telah dijalankan, didapati purata kepekatannya adalah 0.661 mg/L dengan julat 0.408 mg/L - 1.172 mg/L. Bagi orto-fosfat pula, nilai purata kepekatan dalam air permukaan untuk persampelan pertama adalah 0.303 mg/L dengan julat 0.153 mg/L - 0.560 mg/L. Untuk air dasar pula, nilai purata kepekatan orto-fosfat pada persampelan pertama ialah 0.320 mg/L dengan julat 0.208 mg/L - 0.636 mg/L. Pada persampelan kedua pula, didapati purata kepekatan nitrit dalam air permukaan adalah 0.608 mg/L dengan julat 0.212 mg/L- 1.143 mg/L dan kepekatan dalam air dasar pula ialah 0.193 mg/L dengan julat 0.166 mg/L - 0.234 mg/L. Manakala untuk kepekatan orto-fosfat pula, nilai purata dalam air permukaan adalah 0.098 mg/L dengan julat 0.035 - 0.203 mg/L. Bagi nilai purata kepekatan orto-fosfat dalam air dasar pula ialah 0.237 mg/L dengan julat 0.132 mg/L - 0.345 mg/L. Seterusnya bagi kajian produktiviti pula, purata kepekatan klorofil-a pada persampelan pertama adalah 5.077 mg/m3 dengan julat 1.493 mg/m3 - 10.437 mg/1113 ; dan pada persampelan XI kedua pula, kepekatan purata klorofil-a adalah 5.598 mg/m3 dengan julat 2.835 mg/m3 - 9.221 mg/m3 . Secara keseluruhannya taburan kandungan nutrien di kawasan kajian adalah tidak seragam dan tidak mempunyai corak menurun atau meningkat yang khusus dari muara ke hulu sungai. Untuk kajian produktiviti, kajian hanya dijalankan ke atas air permukaan sahaja. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, disimpulkan bahawa produktiviti adalah lebih tinggi pada persampelan kedua berbanding persampelan pertarna. Apabila produktiviti meningkat, kandungan nutrien dalam air akan berkurangan kerana telah digunakan oleh fitoplakton dan mikroorganisma lain. Selain perubahan musim, hujan dan sisa buangan dari daratan juga mempengaruhi kandungan nutrien serta produktiviti sesuatu kawasan akuatik. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9450 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 7 FMSM 2 2007 Abstract.pdf | 671.23 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 7 FMSM 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 3.76 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.