Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9449
Title: Kajian penentuan arah hanyutan 'Net Shore Drift' (NSD) di sepanjang pantai Marang hingga Merchang
Authors: Intan Syafinar Jamaludin
Keywords: LP 8 FMSM 2 2007
Intan Syafinar Jamaludin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian penentuan arah pergerakan endapan dan perbandingan profil pantai sebelum dan semasa musim tengkujuh di sepanjang pantai Marang hingga Merchang, Kuala Terengganu telah pun dijalankan. Kajian ini memakan masa dari bulan November 2006 hingga Januari 2007, sebanyak tiga kali penyampelan telah pun dijalankan, lapan station telah pun dikenal pasti sebagai lokasi penyampelan. Pada setiap lokasi kajian pasir sedimen pada high tide, mid tide dan low tide diambil bertujuan untuk mengetahui nilai min, sisihan piawai, kepencongan dan kurtosis. Parameter fizikal seperti angin dan taburan hujan akan diambil kira untuk mengetahui sama ada pantai berlaku hakisan atau penimbunan. Daripada data yang diperoleh saiz sedimen tergolong dalam kumpulan pasir kasar dan pasir sederhana kasar, nilai sisihan piawai menunjukkan sisihan sempurna, sisihan hampir sempuma dan sisihan hamper sempurna. Manakala dari kepencongan pula sedimen berada dalam skala kepencongan sangat negatif, kepencongan negatif, kepencongan bersimetri, kepencongan positif dan kepencongan sangat positif. Kurtosis pula merupakan paling leptokurtik dan sangat leptokurtik. Arah pergerakan endapan dan berbandingan profil pantai dapat dibuktikan melalui kajian ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9449
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 8 FMSM 2 2007 Abstract.pdf627.09 kBAdobe PDFView/Open
LP 8 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.