Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9435
Title: Determination of sea surface temperature for Kuala Terengganu coastal waters using modis satellite imagery
Authors: Rosmuna Ahmad
Keywords: LP 49 FMSM 2 2007
Rosmuna Ahmad
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) ialah antara satelit terkini yang berguna untuk penentuan suhu permukaan air laut (SST) dan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini membuktikan bahawa data MODIS sesuai digunakan untuk mendapatkan SST di perairan Kuala Terengganu. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan SST di perairan Kuala Terengganu, membuat peta taburan SST dari data MODIS dengan menggunakan algoritma baru yang diperoleh untuk perairan Kuala Terengganu. Dalam kajian ini, terdapat 10 stesen kajian dan SST yang direkodkan di semua stesen ialah di antara 29.90 °C hingga 30.28°C. Suhu tertinggi ialah di stesen 3 iaitu 30.28 °C di mana suhu terendah ialah di stesen 10 iaitu 29.90 °C. Data MODIS (satelit Terra dan Aqua) dianalisis untuk mengekstrak nilai SST menggunakan perisian ERDAS 8.7. Dengan menggunakan pancaran spectrum dari Terra satelit, band 22 menunjukkan regrasi tertinggi iaitu 0.9416. Dengan menggunakan pancaran spectrum dari Aqua satelit, band 32 menunjukkan regrasi tertinggi iaitu 0.7192. Kedua-dua band iaitu band 22 dan 32 digunakan untuk membuat peta taburan SST di Kuala Terengganu dengan menggunakan algoritma yang diperoleh. Dari peta yang dibuat, nilai regrasi yang tinggi ditunjukkan daripada graf suhu dari in-situ melawan suhu dari data MODIS ialah 0.8299 untuk Terra dan 0.727 untuk Aqua. Ini menunjukkan bahawa data dari MODIS dan data dari in-situ mempunyai hubungan perkaitan yang tinggi. Kesimpulannya, nilai SST yang di perairan Kuala Terengganu ialah dianatara 29.90 °C to 30.28 °C dan MODIS Satellite Imagery sesuai dalam menentukan SST di perairan Kuala Terengganu kerana ia bertepatan dengan data in-situ.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9435
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 49 FMSM 2 2007 Abstract.pdf546.47 kBAdobe PDFView/Open
LP 49 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.3 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.