Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9428
Title: Laporan akhir latihan industri di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Authors: Ahmad Ridhuan Abdullah
Keywords: LI 2 FPE 2 2007
Ahmad Ridhuan Abdullah
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Latihan lndustri (PGN 4992) adalah sebahagian daripada silibus dan merupakan satu syarat bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) untuk menjalani latihan industri dalam proses untuk bergelar graduan. Latihan lndustri adalah sesuai untuk pelatih sebelum bergraduat kerana pelatih dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak diperolehi di bilik kuliah. Latihan lndustri juga dapat memberi pendedahan kepada pelatih terhadap suasana kerja yang sebenar. Di samping itu pelatih dapat mempratikkan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah semasa menjalani latihan. Latihan lndustri juga memberi peluang kepada pelatih untuk memperbaiki skil interpersonal dan mengumpul pengalaman untuk digunakan di masa akan datang. Sepanjang 12 minggu menjalani Latihan lndustri, pelatih telah ditempatkan di sebuah hotel yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan iaitu HOTEL RENAISSANCE KOTA BHARU. Melalui latihan yang diberi oleh pihak syarikat, pelatih telah menemui beberapa sistem yang perlu diberi perhatian dan tindakan. Setelah mengenalpasti beberapa sistem yang terdapat dalam syarikat, pelatih membuat keputusan untuk menekankan kepada tiga sistem iaitu Sistem Membuat Sebut Harga ( Quotation ), Sistem Permohonan Cuti, dan Sistem Pengambilan Pekerja Baru. Pelatih telah banyak memperoleh ilmu dan pengalaman ketika diberi peluang untuk membantu melaksanakan sistem tersebut. Pelatih telah mengenal pasti permasalahan yang terdapat pada setiap sistem tersebut. Selain itu pelatih juga menyertakan punca dan kesan dari permasalahan tersebut terhadap syarikat. Pelatih telah mencadangkan beberapa langkah untuk penyelesaian masalah yang terdapat dalam sistem dan seterusnya membincangkan implikasi dari cadangan tadi. Harapan pelatih agar apa yang pelatih ingin sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada syarikat khususnya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9428
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 2 FPE 2 2007 Abstract.pdf624.59 kBAdobe PDFView/Open
LI 2 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.71 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.