Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9426
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHasnida Suhaila Mohd Rodzi-
dc.date.accessioned2018-07-26T02:39:20Z-
dc.date.available2018-07-26T02:39:20Z-
dc.date.issued2007-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9426-
dc.description.abstractPerniagaan Khazali Perabot adalah sebuah firma yang menjalankan operasi perniagaan berasaskan pembuatan kayu yang merangkumi pembuatan kabinet dapur, kelengkapan perabot pejabat sehingga ke kelengkapan perabot bilik tidur. Perniagaan ini telah memulakan operasinya pada tahun 1985. Lokasi yang menempatkan pejabat dan kilang adalah di No. 57, Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam, 06910 Yan, Kedah Darul Aman. Pemilihan lokasi di Kampung Kabu 10 memang strategik memandangkan kawasan tersebut berada di tengah-tengah jalan utama untuk ke pusat bandar. Kampung tersebut menjadi laluan utama bagi sesiapa yang ingin mendapatkan jalan alternatif lain ke pusat bandar. Oleh itu, papan tanda pemiagaan senang dilihat oleh sesiapa sahaja. Secara umumnya di Perniagaan Khazali Perabot terdapat 2 bahagian utama yang memainkan peranan penting dalam penghasilan perabot siap serta dapat memenuhi kehendak pelanggan. Dua bahagian yang dimaksudkan ialah Sahagian Pengurusan dan Sahagian Perkilangan. Di dalam setiap bahagian terdapat beberapa sistem kerja yang digunapakai untuk memastikan urusan kerja harian dapat berjalan dengan lancar. Perbezaan setiap sistem kerja ini dapat dijelaskan melalui aktiviti yang dilakukannya untuk memastikan penghasilan perabot siap tepat pada masanya. Selama 12 minggu pelatih berada di Syarikat Pemiagaan Khazali Perabot, pelatih dapat mengenalpasti tiga sistem iaitu Sistem Pengeluaran Produk, Sistem Pembayaran Gaji Pekerja dan Sistem Pembentukan Produk Siap. Pelatih telah meletakkan huraian sistem di dalam Bab Dua di dalam laporan Latihan lndustri ini. Terdapat tiga bab di dalam laporan Latihan lndustri ini. Bab Satu menerangkan mengenai pengenalan terhadap syarikat manakala Bab Tiga merupakan penutup serta kesimpulan terhadap Latihan lndustri. Pelatih lebih menekankan Bab Dua kerana di bahagian tersebut terdapat cadangan dan kajian yang perlu pelatih lakukan. Secara keseluruhannya, pelatih berharap hasil daripada penemuan yang dijalankan oleh pelatih terhadap sistem kerja di Syarikat Perniagaan Khazali Perabot dan cadangan yang diberikan akan dapat membentu pihak pengurusan menyelesaikan masalah yang timbul dan menjalani sistem kerja yang lebih efektif.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherTerengganu: Universiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectLI 5 FPE 2 2007en_US
dc.subjectHasnida Suhaila Mohd Rodzien_US
dc.titleLaporan akhir latihan industri di Perniagaan Khazali Perabot Yan,Kedah Darul Amanen_US
dc.typeWorking Paperen_US
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 5 FPE 2 2007 Abstract.pdf460.81 kBAdobe PDFView/Open
LI 5 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
6.83 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.