Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9424
Title: Laporan akhir latihan industri di Pertubuhan Peladang kawasan Merbok Kedah Darul Aman
Authors: Intan Suriana Md Suhimi
Keywords: LI 7 FPE 2 2007
Intan Suriana Md Suhimi
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Laporan Akhir Latihan lndustri ini menjelaskan pengetahuan yang diperolehi pelatih melalui pemerhatian, pemahaman, penyesuaian dan penelitian dalam Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok. PPK Merbok ditubuhkan pada 17 Januari 1977 dengan keluasan 236 KM persegi meliputi dua buah daerah iaitu Daerah Kuala Muda (Mukim Merbok, Mukim Semeling dan Mukim Bujang) dan Daerah Yan (Mukim Singkir dan Mukim Yan Luar MADA). Keahlian PPK ialah seramai 3141 orang yang dibahagikan kepada 27 buah unit peladang. Aktiviti pertanian utama di PPK Merbok adalah penanaman padi. lni kerana keseluruhan tanaman padi dianggarkan melebihi 2000 hektar yang menggambarkan kepentingan industri tanaman padi di kawasan ini. Selain itu, PPK Merbok juga menjalankan aktiviti-aktiviti lain bagi memajukan industri pertanian dalam meningkatkan taraf hidup para petani. Laporan Akhir Latihan lndustri ini terbahagi kepada tiga bab. Bab yang pertama mengandungi latar belakang pertubuhan, aktiviti-aktiviti dalam pertubuhan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelatih. Bab kedua merupakan laporan yang menyentuh berkaitan sistem kerja yang dilaksanakan, pengenalpastian masalah dan cadangan penyelesaian serta implikasi ke atas cadangan yang dikemukakan oleh pelatih. Manakala bab ketiga ialah rumusan dari laporan akhir yang dibuat dan cadangan kepada Latihan lndustri. Pelatih telah mengenalpasti tiga jenis sistem kerja iaitu Sistem Proses Pesanan dan Penerimaan Baja Padi, Pengurusan Projek Perniagaan Input Pertanian dan Pengurusan Kredit.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9424
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 7 FPE 2 2007 Abstract.pdf684.52 kBAdobe PDFView/Open
LI 7 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.17 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.