Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9422
Title: Laporan akhir latihan industri di Lembaga Tabung Haji Daerah Klang
Authors: Mahfuzah Md Hassan
Keywords: LI 9 FPE 2 2007
Mahfuzah Md Hassan
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) telah diwajibkan menjalani Latihan lndustri selama 3 bulan iaitu bermula pada 16 April sehingga 6 Julai 2007 dan pelatih telah memilih organisasi Tabung Haji Daerah Klang sebagai tempat untuk menjalani Latihan lndustri tersebut. Tabung Haji Daerah Klang merupakan salah sebuah cawangan Tabung Haji yang mempunyai transaksi kaunter yang sangat tinggi setiap hari. la juga merupakan cawangan yang menunjukkan peningkatan dari segi biJangan pendeposit dan jumlah simpanan dari pendeposit setiap bulan. Oleh yang demikian, selama 3 bulan menjalani Latihan lndustri di organisasi terbabit, pelatih telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang pekerja yang melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi. Sepanjang menjalani Latihan lndustri ini, pelatih juga telah didedahkan kepada beberapa pendekatan supaya segala tugas yang diberikan dapat di lakukan dengan efisien dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering di lakukan adalah pelatih akan di beri takfimat mengenai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan di setiap jabatan. Pelatih di beri kepercayaan dalam mefaksanakan tugas-tugas yang di pertanggungjawabkan seperti mana para pekerja yang lain. Pelatih juga berpeluang mempeJajari aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi di Tabung Haji. Daripada tugas yang di lakukan, pelatih telah mendapat pefbagai kemahiran serta makfumat dan pandangan yang berkaitan samada daripada kakitangan Tabung Haji mahupun para pendeposit dan jemaah haji yang datang setiap hari. Sesungguhnya Latihan lndustri ini merupakan satu titik tolak yang penting sebelum pelajar menamatkan pengajian dan berada di afam pekerjaan yang sebenar. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pefatih semasa menjalankan Latihan lndustri selama 3 bulan di Lembaga Tabung Haji Daerah Klang. Waiau bagaimanapun, masalah yang timbuf lebih kepada ujian untuk pelabll membiasakan diri dalam menyelesaikan masalah. Matlamat utama Latihan lndustri ini juga di lihat berjaya memenuhi sasaran iaitu untuk memberi pengaraman yang baru dan kemahiran asas profesional pekerjaan serta pendedahan awal yang berkaitan dengan program pengajian dan boleh dijadikan sebagai pengalaman awal tentang bagaimana suasana sebenar bekerja. Seterusnya mewujudkan hubungan dua hala di antara UMT dan organisasi yang terlibat untuk manfaat bersama. Secara rumusannya, Lembaga Tabung Haji Derah Klang telah dan perlu mengambil beberapa inisiatif lagi bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan dan juga sistem operasinya, tujuannya bagi memastikan prestasi organisasi terus meningkat.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9422
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 9 FPE 2 2007 Abstract.pdf619.34 kBAdobe PDFView/Open
LI 9 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
17.82 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.