Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9420
Title: Laporan akhir latihan industri di Musaini Auto Sdn Bhd
Authors: Maslinda Che Md Noor
Keywords: LI 11 FPE 2 2007
Maslinda Che Md Noor
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Latihan lndustri ( LI ) merupakan satu komponen kursus yang sangat penting didalam program pengajian di FPE kerana ia membantu pelajar bersedia dalam menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar nanti. Melalui latihan ini, pelatih dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai teori dan pengajaran yang selama ini hanya dipelajari dafam kufiah sematamata. Apa yang dipelajari di dalam bilik kuliah telah dapat dipelajari dan dilihat melalui reality dunia pekerjaan. Selain itu, latihan industri turut mendedahkan pelatih mengenai gambaran dan situasi sebenar alam pekerjaan yang bakal ditempuhi. Pelatih telah didedahkan dengan pelbagai situasi di samping pendedahan dalam aspek kemahiran asas mengenai profesionalisme pekerjaan yang ianya berkaitan dalam pengajian pelatih pada masa ini. Serpanjang tiga bulan menjalani LI, pelatih telah ditempatkan di Musaini Auto Sdn Bhd di mana syarikat ini mempunyai perniagaan yang berteraskan pengedaran kereta yang berkualiti tinggi.Syarikat ini telah ditubuhkan pada pertengahan April 1979. dan kini beroperasi di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu. Sepanjang berada di Musaini Auto Sdn Bhd, pelatih telah ditempatkan di dua bahagian iaitu insurans dan servis. Pelatih telah diberi selok-belok perniagaan di dalam industri penjualan dan memberikan khidmat servis kereta di samping diberi pendedahan mengenai cara-cara berkomunikasi dengan pelanggan, cara mengambil aduan pelanggan, cara mengambil gambar untuk kenderaan yang bermasalah, cara-cara mengisi boring untuk tujuan waranti dan banyak lagi kemahiran interpersonal yang diperolehi. Pelatih juga berpeluang untuk mempelajari sekurang-kurangnya tiga system yang terdapat dalam syarikat berkenaan. Tiga sistem yang dimaksudkan ialah Sistem Penghantaran Kenderaan, Sistem Pembaharuan lnsurans dan Sistem Aliran Operasi. Pelatih telah melakukan beberapa analisis dan mendapati terdapat beberapa maslah sebenar disamping potensi untuk mendapat masalah yang wujud dalam system berkenaan. Justeru, melalui laporan ini, pelatih turut menyenaraikan beberapa cadangan penyelesaian masalah yang timbul bagi mengatasi masalah tersebut. lngin dijelaskan disini, tidak semua masalah yang diutarakan merujuk kepada masalah yang sebenar, namun ada sebahagiannya lahir dari buah fikiran pelatih sendiri. Secara keseluruhannya, pelatih berharap agar laporan ini dapat memberikan manfaat dan faedah keda semua pihak yang membacanya
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9420
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 11 FPE 2 2007 Abstract.pdf376.7 kBAdobe PDFView/Open
LI 11 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
10.94 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.