Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9408
Title: Kekonduksian elektrik filem nipis AIQ3 dan klorofil sebagai sel solar
Authors: Mohd Shahril Mohd Shafie
Keywords: Mohd Shahril Mohd Shafie
LP 12 FST 3 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: 8-hidroksikuinolina Aluminium(AlQ3 ) adalah dianggap sebagai bahan pemancar yang paling sesuai kerana kestabilannya yang tinggi dan ciri-ciri luminositi fluksnya dalam molekul dan sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk bidang sensor cahaya ataupun sel solar. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan dan mencirikan filem nipis AlQJIKlo sebagai sensor cahaya. Ia meliputi proses penyediaan filem nipis AlQ3/Klo melalui kaedah elektrokimia dengan menggunakan alat Elektrokimia Impedans Spektroskopi(EIS) dan penyalut berputar. Filem nipis AIQ3/Klo yang terhasil dikaji dalam aspek ketebalan dan sifat elektriknya. Ketebalan filem nipis AlQ3/Klo diuji dengan menggunakan alat Mikroskop Pengimbas Elektron(SEM). Alat Penduga Empat Titik pula digunakan untuk mendapatkan nilai voltan filem nipis AlQJ/Klo bagi menghasilkan nilai kekonduksian. Kekonduksian filem nipis AlQ3/Klo di dalam gelap adalah 0.000962 S/m dan di bawah cahaya nampak pula nilai kekonduksian ialah 0.026 S/m. Berdasarkan graf dapat dibuktikan bahawa kekonduksian gabungan filem nipis AlQ3/Klo semakin meningkat apabila keamatan cahaya turut bertambah tetapi dalam julat yang kecil. Oleh itu, gabungan filem nipis AIQ3/Klo adalah sesuai digunakan sebagai sensor cahaya ataupun dalam sel solar pada keamatan cahaya nampak di sekitar 10 hingga 50 W/m. Dicadangkan juga pendopan ditambah pada gabungan AlQ3/Klo untuk meningkatkan ciri-ciri kekonduksian, kandungan dan jenis pembawa cas serta menambahkan lagi julat keamatan cahaya pada kadar yang lebih tinggi untuk menghasilkan nilai kekonduksian yang lebih tinggi untuk digunakan sebagai sensor peka cahaya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9408
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 12 FST 3 2008 Abstract.pdf556.84 kBAdobe PDFView/Open
LP 12 FST 3 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.02 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.