Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9400
Title: | Laporan akhir latihan industri di Majlis Daerah Lipis (MDL) Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur |
Authors: | Mohd Zazely Abdul Molok |
Keywords: | LI 15 FPE 2 2007 Mohd Zazely Abdul Molok |
Issue Date: | 2007 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan Industri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu pengalaman yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan Latihan Industri di Majlis Daerah Lipis (MDL) digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi organisasi khususnya di dalam kemahiran pengurusan pejabat dan dokumentasi. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan Industri di Majlis Daerah Lipis (MDL), pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi organisasi tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dikenalpasti dalam Sistem Permohonan Lesen Pemiagaan. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti adalah dari segi Sistem Pengambilan Pekerja. Masalah ketiga adalah masalah Sistem Pembelian Barang Baru. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak organisasi mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi organisasi. Latihan Industri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif disamping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9400 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LI 15 FPE 2 2007 Abstract.pdf | 2.15 MB | Adobe PDF | View/Open | |
LI 15 FPE 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 30.82 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.