Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9393
Title: Laporan akhir latihan industri di Malaysia Truck & Bus Sdn.Bhd. Pekan,Pahang
Authors: Norsyamsidar Mukhtar
Keywords: LI 22 FPE 2 2007
Norsyamsidar Mukhtar
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sebagai pelajar dibawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi telah diwajibkan menjalani Latihan lndustri selama tiga bulan dan pelatih telah memilih organisasi Malaysian Truck & Bus Sdn. Bhd. Sebagai tempat untuk menjalani Latihan lndustri tersebut. Malaysian Truck & Bus Sdn.Bhd. merupakan sebuah organisasi yang terlibat dalam industri pengilangan dan pemasangan kenderaan penumpang dan kenderaan komersil. Ia juga merupakan satu-satunya pengeluar trak nasional Malaysia yang pertama iaitu HICOM Perkasa. Syarikat ini mementingkan kualiti terhadap setiap produk yang dihasilkan melalui gunatenaga kerja yang mahir. Sepanjang menjalani Latihan industri ini, pelatih juga di dedahkan kepada beberapa pendekatan supaya segala tugas yang di berikan dapat dilakukan dengan cekap dan tepat. Salah satu pendekatan yang sering dilakukan adalah pelatih akan diberi taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab setiap jabatan. Pelatih diberi kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Daripada tugas yang dijalankan, pelatih telah mendapat pelbagai maklumat dan pandangan yang berkaitan daripada pekerja MTB itu sendiri. Semasa menjalankan Latihan lndustri, pelatih telah melihat beberapa sistem sedia ada yang sedia ada dalam organisasi tersebut. Kesemua sistem tersebut terdapat di Jabatan Pemasan. Antara sistem yang pelatih lihat ialah Sistem Pemeriksaan SIRIM, Sistem Penyediaan Dokumen HICOM Perkasa dan Sistem Penghantaran Tool Set. Pelatih mengenalpasti bahawa terdapat beberapa kekurangan yang kadangkadang timbul dalam organisasi yang berkaitan dengan penggunaan sistem sedia ada yang telah diguna pakai oleh pihak pengurusan. Pelatih juga telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang mana ia mungkin dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah yang timbul bagi meningkatkan lagi corak sistem pengurusan di dalam organisasi dan juga supaya pengurusan berjalan dengan lebih lancar bagi mewujudkan sebuah pengurusan yang lebih lancar bagi mewujudkan sebuah pengurusan yang lebih dinamik dan sistematik.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9393
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 22 FPE 2 2007 Abstract.pdf2.03 MBAdobe PDFView/Open
LI 22 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
34.76 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.