Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9348
Title: Laporan akhir latihan industri di Telekom Malaysia Berhad Kedah/Perlis
Authors: Nur Syafawati Mehat
Keywords: LI 25 FPE 2 2007
Nur Syafawati Mehat
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sebagai pelajar program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) telah di wajibkan menjalani Latihan lndustri selama tiga bulan dan pelatih telah memilih organisasi Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan sebuah organisasi gergasi di Malaysia di mana perkhidmatannya mendapat tempat dan sambutan oleh pelanggan dan juga menjadi keutamaan dalam pemilihan rangkaian telekomunikasi di Malaysia. Selain itu, Telekom juga banyak beroperasi di luar Negara. Telekom Malaysia mempunyai banyak anak syarikat di bawah naungannya selama ia beroperasi sehingga kini. Matlamat utama adalah untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada pengguna dalam menggunakan perkhidmatannya. Oleh yang demikian selama tiga bulan menjalani latihan industri di organisasi ini pelatih telah di beri tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang pekerja dalam melaksanakan tugas yang di pertanggungjawab denganpenuh dedikasi. Tujuan latihan industri di wajibkan ke atas pelatih adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang keadaan sebenar yang berlaku didalam alam pekerjaan, mengenalpasti akan cara, perancangan dan strategi- strategi yang dijalankan oleh sesebuah organisasi dan juga masalah yang di hadapi oleh syarikat Telekom Malaysia sepanjang tugas dan aktiviti yang di lakukan. Sepanjang menjalani latihan industri ini, pelatih juga di dedahkan kepada beberapa pendekatan supaya segala tugas yang di berikan dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering di lakukan adalah pelatih akan di beri taklimat mengenai tangungjawab dan tugas setiap unit di dalam Jabatan Retail, Telekom Kedah Perlis. Pelatih di beri kepercayaan dalam melaksanakan tugas- tugas yang di beri dan daripada tugas yang di jalankan, pelatih mendapat pelbagai maklumat dan pandangan yang berkaitan samada daripada kakitangan Telekom mahupun pelanggan. Pendedahan yang di berikan kepada pelatih adalah di mana melalui tugas dan aktiviti yang di lakukan di unit Corporate Multinational and Government (CMG). Semasa menjalankan latihan industri, pelatih telah mengenalpasti beberapa sistem sedia ada yang di gunakanan oleh kakitangan unit CMG. Antara system yang di gunakan adalah sistem pemasangan telefon, sistem mendapatkan projek baru dan sistem aduan pelanggan
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9348
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 25 FPE 2 2007 Abstract.pdf528.49 kBAdobe PDFView/Open
LI 25 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.07 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.