Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9345
Title: Laporan akhir latihan industri di Bank Pertanian Malaysia Cawangan Selama, Perak Darul Ridzuan
Authors: Rafida Shaharuddin
Keywords: LI 28 FPE 2 2007
Rafida Shaharuddin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) telah diwajibkan menjalani latihan industri selama tiga bulan iaitu bermula pada 16 April sehingga 6 Julai 2007 dan pelatih telah memilih organisasi Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama, Perak Darul Ridzuan sebagai tempat untuk menjalani Latihan lndustri tersebut. Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama merupakan organisasi yang telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 9/69 pada 1 September 1969 dan mula beroperasi pada tahun 1970. Sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian, Bank Pertanian Malaysia bertanggungjawab untuk mengatur, memberi, menyelia, dan melaraskan bantuan kredit bagi maksud-maksud pertanian dalam Malaysia. Bank ini merupakan sebuah organisasi yang mampu dan telah menunjukkan kejayaannya dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang berurusan dengan bank tersebut. Oleh yang demikian, selama tiga bulan menjalani latihan industri di organisasi tersebut, pelatih telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang pekerja yang melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi. Menerusi Latihan lndustri ini, pelatih didedahkan kepada beberapa pendekatan supaya segala tugas yang diberikan dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering dilakukan adalah pelatih akan diberi taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan di setiap bahagian. Pelatih diberi kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan seperti mana para pekerja yang lain. Daripada tugas yang dilakukan, pelatih telah mendapat pelbagai kemahiran serta maklumat dan pandangan yang berkaitan samada daripada kakitangan pekerja Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama mahupun para pelanggan Bank Pertanian Malaysia sendiri. Semasa tempoh menjalani latihan industri, pelatih telah mengesan beberapa sistem sedia ada yang terdapat dalam organisasi. Antaranya di bahagian pentadbiran terdapat satu sistem yang digunakan untuk pengurusan surat menyurat iaitu Sistem Pendaftaran Surat Masuk I Keluar. Selain itu, pelatih juga dapat mengenalpasti dua sistem yang digunakan oleh Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama iaitu Sistem Pemprosesan Pinjaman Modal Usahawan Tani (Musn dan Sistem Pengendalian Mesin ATM. Pelatih juga telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang mana akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul. lni akan meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan organisasi dan juga supaya pengurusan di dalam organisasi dapat berjalan dengan lancar. lni akan mewujudkan sebuah organisasi yang lebih dinamik serta sistematik.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9345
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 28 FPE 2 2007 Abstract.pdf2.37 MBAdobe PDFView/Open
LI 28 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
40.45 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.