Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9342
Title: Laporan akhir latihan industri di Pertumbuhan Keselamatan Sosial Cawangan Kuala Kangsar
Authors: Syakirah Abu Bakar
Keywords: LI 31 FPE 2 2007
Syakirah Abu Bakar
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menetapkan bahawa syarat untuk melayakkan seseorang pelajar Program ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) bergraduat adalah wajib bagi mereka untuk menjalani Latihan lndustri selama dua belas minggu di mana-mana organisasi kerajaan mahupun swasta. Latihan lndustri ini merupakan kursus teras penting yang wajib dalam Program ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dan program lain di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Amnya, Latihan lndustri ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menempuh alam pekerjaan sebenar kelak. Selain itu, pe1ajar juga dapat mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari di dalam kuliah dan dapat menguji sejauhmana kualiti ilmu pengetahuan yang dimiliki. Di samping itu, pelajar juga dapat menimba sebanyak mungkin kemahiran dan pengalaman baru yang dapat dijadikan sebagai bekalan memasuki medan pekerjaan akan datang dan di dalam kehidupan seharian. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Cawangan Kuala Kangsar telah menjadi tempat pelajar menjalani Latihan lndustri selama dua betas minggu bermula 16 April sehingga 6 Julai 2007. Organisasi ini dianggotai oleh sembilan belas ahli termasuk pegawai eksekutif kontrak dan kerani sambilan. PERKESO merupakan sebuah badan berkanun yang berperanan untuk melaksana, mentadbir, dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. PERKESO mentadbir dua jenis skim iaitu, Skim lnsurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen llat. Skim ini memberi per1indungan kepada pekerja terhadap kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian. PERKESO mewajibkan pekerja dan majikan mencarum demi memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada pekerja dan tanggungan mereka serta menguruskan skim keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi pekerja yang mencarum bagi kemalangan-kemalangan yang diluar jangkaan. lanya bertujuan untuk menjamin pembayaran faedah kepada semua pekerja dan keluarganya. PERKESO juga menyediakan pekhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap pada kos yang ekonomik dengan menggunakan teknologi serta pengurusan sumber manusia. Sepanjang menjalani Latihan lndustri pelajar didedahkan dengan pelbagai proses kerja yang terlibat di PERKESO. Pelajar juga telah ditempatkan di bahagian Faedah kerana terlalu banyak tugas yang memerlukan bantuan pelajar praktikum. Dibahagian ini, pelajar diajar bagaimana menguruskan tugas berkaitan tuntutan faedah, pembayaran eek, berkomunikasi dengan Orang Berinsurans dan majikan dan sebagainya. Pelajar juga dikehendaki mengesan sistem sedia ada serta masalah yang dihadapi. Berdasarkan apa yang telah dipelajari, pelajar dikehendaki mencadangkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Diharapkan organisasi dapat memberi ruang masa untuk menilai segala cadangan yang diusulkan melalui laporan ini untuk kepentingan organisasi memantapkan lagi pengurusan kerja sedia ada.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9342
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 31 FPE 2 2007 Abstract.pdf546.11 kBAdobe PDFView/Open
LI 31 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.89 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.