Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9339
Title: Laporan akhir latihan industri di Perdana Marketways Sdn. Bhd. Johor Darul Takzim
Authors: Shazril Baba
Keywords: LI 32 FPE 2 2007
Shazril Baba
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sebagai pelajar dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, pelatih perlu menjalani latihan industri selama 12 minggu untuk memenuhi syarat bergraduat. Melalui latihan industri ini, pelatih dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai teori dan pengajaran yang selama ini hanya dipelajari di dalam bilik kuliah sahaja. Segala apa yang dipelajari oleh pelatih dalam bilik kuliah telah dapat pelatih lihat melalui realiti alam pekerjaan. Selain itu latihan industri juga turut mendedahkan pelatih mengenai gambaran alam pekerjaan yang sebenar. Pelatih telah didedahkan dengan pelbagai situasi disamping pendedahan dalam aspek kemahiran asas mengenai profesionalisme pekerjaan dimana ianya berkaitan dengan program pengajian yang sedang diduduki oleh pelatih di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pelatih telah menjalani latihan industri di syarikat pengedaran buku iaitu Perdana Marketways Sdn Bhd yang beroperasi di Larkin Perdana, Johor Bahm selama12 minggu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UMT. Semasa berada di Perdana Marketways, pelatih telah ditempatkan di dua bahagian iaitu di Unit Pengurusan Kedai dan Unit Pentadbiran. Selama tempoh menjalani Latihan Industri tersebut, pelatih telah mengenalpasti beberapa sistem kerja dimana tiga diantaranya ialah Sistem Jualan Langsung bagi unit sekolah, Sistem Penyimpanan Fail (filing), dan Sistem Penggantian Buku (replacement). Beberapa masalah telah dikenalpasti daripada sistem - sistem kerja ini. Cadangan penyelesaian juga telah dicadangkan bagi mengatasi masalah pada sisem tersebut. Harapan pelatih agar pihak syarikat mendapat manfaat sekaligus meningkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan syarikat daripada cadangan penyelesaian yang telah dicadangkan oleh pelatih pada masa hadapan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9339
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 32 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.55 MBAdobe PDFView/Open Request a copy
LI 32 FPE 2 2007 Abstract.pdf535.97 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.