Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9291
Title: Laporan akhir latihan industri di Virtual Sofnet Solutions Sdn. Bhd. Seri Manjung, Perak
Authors: Siti Shahida Sabran
Keywords: LI 35 FPE 2 2007
Siti Shahida Sabran
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Latihan lndustri yang diwajibkan oleh pihak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) merupakan salah satu pendekatan yang baik dan merupakan satu permulaan kepada pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan yang sebenar selepas pelatih bergraduat. Tempoh latihan selama 12 minggu bermula pada 16 April 2007 sehingga 6 Julai 2007 sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda pelatih terhadap situasi pekerjaan yang sebenarnya. Sepanjang tempoh tersebut, pelatih telah ditempatkan di Syarikat Virtual Softnet Solutions Sdn. Bhd. Pelbagai pengalaman yang berharga dapat diperolehi yang mana tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. lni adalah kerana banyak pendedahan yang telah diperolehi dengan diiringi kata-kata nasihat yang amat berguna dalam menjalani latihan tersebut. Secara tidak langsung juga pelatih dapat mempelajari banyak perkara baru yang tidak mungkin diperolehi dalam pembelajaran lisan tanpa adanya peluang mempraktikkannya. lni kerana kemahiran yang diperolehi semasa Latihan lndustri adalah gambaran sebenar dalam alam pekerjaan yang penuh mencabar. Sebagai sebuah syarikat yang memerlukan banyak proses dengan pelanggan, kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan adalah kemahiran yang sangat dititikberatkan dalam kejayaan syarikat. Di sini, pelatih menjadikan peluang tersebut sebagai batu lonjatan kepada pelatih untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai. Sehubungan dengan itu, segala masalah yang diutarakan dalam laporan ini diharapkan tidak menyinggung mana-mana pihak yang terlibat. lni kerana bukanlah niat untuk mencungkil permasalahan yang berlaku dalam organisasi tetapi ianya adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pelatih dapat memahami bidang yang berkaitan dengan pembelajaran kini
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9291
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 35 FPE 2 2007 Abstract.pdf540.9 kBAdobe PDFView/Open
LI 35 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
8.92 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.