Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9287
Title: Laporan akhir latihan industri di Calinta Maju Sdn. Bhd. (Hotel Pontian) Johor Darul Tak'zim
Authors: Syahida Nordin
Keywords: LI 37 FPE 2 2007
Syahida Nordin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelath dalam menjalankan Latihan lndustri di Calinta Maju Sdn. Bhd. (Hotel Pontian) digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang penjualan dan pemasaran di Hotel Pontian. Di sini pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Penglibatan pelatih dalam aktiviti promosi yang dijalankan mengajar pelatih kehidupan sebenar alam pekerjaan dan komitmen yang perlu untuk berhadapan dengan orang ramai. Sepanjang menjalani Latihan lndustri di Calinta Maju Sdn. Bhd. di bahagian Jualan dan Pemasaran, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi bahagian tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam bahagian jualan dan pentadbiran adalah masalah dalam sistem sebut harga pakej pelanggan di Hotel Pontian. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti adalah masalah Guest Laundry dan masalah ketiga adalah masalah pengurusan kad kredit. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak Calinta Maju Sdn Bhd mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi industri pelancongan dan perhotelan di Malaysia. Latihan lndustri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif di samping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9287
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 37 FPE 2 2007 Abstract.pdf2.6 MBAdobe PDFView/Open
LI 37 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
39.05 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.