Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9285
Title: Laporan akhir latihan industri di Jerantut Hill Resort Pahang
Authors: Wan Noorliyana Wan Ahmad
Keywords: LI 39 FPE 2 2007
Wan Noorliyana Wan Ahmad
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Peluang untuk menjalani Latihan lndustri di sesebuah syarikat awam atau syarikat swasta adalah sesuatu yang amat berharga bagi setiap pelajar. Dengan menjalani Latihan lndustri, pelajar mendapat suatu pengalaman yang sangat berharga yang tidak boleh dijual beli. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Peluang yang diberikan dalam menjalani Latihan lndustri di Jerantut Hill Resort digunakan sepenuhnya oleh pelatih dalam menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan hotel terutama dalam sektor perkhidmatan. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang dipelajari dan menyesuaikannya dengan situasi sebenar. Malah pelatih juga telah berhadapan dengan situasi bekerja, cara berkomunikasi dengan pekerja serta pelanggan, dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ketika menjalani Latihan lndustri di Jerantut Hill resort, pelatih telah mengenalpasti beberapa sistem kerja serta masalah yang terdapat di syarikat tersebut. Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti adalah masalah komunikasi ketika Sistem Tempahan Majlis, masalah tempoh pemeriksaan bilik yang terlalu lama disebabkan oleh kekurangan pekerja House Keeping. Manakala di Jabatan House Keeping, ketika sistem mendobi terdapat masalah kualiti cucian dan menyebabkan tidak ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak syarikat mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi syarikat tersebut. Latihan lndustri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif disamping dapat memberikan pandangan berguna kepada · sesebuah masyarakat.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9285
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 39 FPE 2 2007 Abstract.pdf561.06 kBAdobe PDFView/Open
LI 39 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.53 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.