Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9273
Title: Kemeruapan indeks harga pengguna dan pola kehadiran pelancong Singapura ke Malaysia
Authors: Nur Liyana Yahaya
Keywords: Nur Liyana Yahaya
LP 56 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Tahun Melawat Malaysia 2007 merupakan peluang untuk memperkukuhkan semula dan menguatkan industri pelancongan di Malaysia. la adalah pemangkin bagi mendorong industri pelancongan dengan tahap yang menggalakkan dalam sasaran kedatangan pelancong dan mempertingkatkan kedudukan dan persepsi Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Tiga negara yang paling tinggi dalam pasaran pelancongan dengan kedatangan pelancong paling ramai ialah Singapura (9,656,251 pelancong), Thailand (1,891,921 pelancong), dan Indonesia (1,217,024 pelancong). Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan pengukur utama bagi kedatangan pelancong Singapura ke Malaysia ditentukan oleh indeks harga pengguna (IHP) Malaysia. Oleh itu, kajian ini melihat tindak balas siri masa bagi dua pemboleh ubah penting dalam faktor statistik pelancongan iaitu IHP dan bilangan kehadiran pelancong Singapura ke Malaysia dalam tempoh satu dekad (I 995 hingga 2005), dan juga menganalisis kepegunan dan tidak pegun data siri masa ini dengan adanya penguj ian seperti uj ian punca unit dan punca unit bermusim terlebih dahulu untuk penganggaran, pemilihan model, dan peramalan. Model Autoregresif Bergerak Purata (ARMA) dan Model Autoregresif lntegrasi Bergerak Purata (ARIMA) digunakan untuk menganggar tempoh masa yang lebih bagi kehadiran pelancong Singapura ke Malaysia. Keputusan analisis menunjukkan pemboleh ubah IHP adalah signifikan dengan kehadiran pelancong Singapura ke Malaysia. Akhir kajian turut dinyatakan strategi-strategi yang perlu dilakukan untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9273
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 56 FPE 2 2008 Abstract.pdf447.62 kBAdobe PDFView/Open
LP 56 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
2.03 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.