Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9272
Title: Pengurusan dan penilaian terhadap pemeliharaan di Hutan Lipur Lata Belatan : aplikasi CVM
Authors: Nurul Fitriah Ahmad
Keywords: LP 58 FPE 2 2008
Nurul Fitriah Ahmad
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Hutan Lipur Lata Belatan (LB) adalah salah satu produk pelancongan alam semulajadi Terengganu yang boleh dikunjungi pelancong dari segenap pelosok dunia kerana pelbagai khazanah alam seperti pepohon akar kayu dan kejernihan air terjun itu sendiri yang masih dipelihara dan dipulihara. Hutan Lipur LB ini dibangunkan secara berperingkat-peringkat dari tahun 1985. Sehingga kini, ia mampu menjadi air terjun yang terkenal di Terengganu. Tetapi hanya 50 hektar daripada 403 hektar yang dibangunkan untuk tujuan rekreasi. Kawasan selebihnya dikekalkan bertujuan untuk memelihara pokok-pokok yang mempunyai nilai komersil. Namun pada hari ini Hutan Lipur LB merupakan sebuah hutan lipur di Negeri Terengganu yang mendapat perhatian daripada pengunjung. lni dapat dibuktikan melalui peningkatan jumlah pengunjung yang mengunjungi Hutan Lipur LB dari tahun ke tahun. Namun ekoran daripada peningkatan pengunjung yang datang untuk tujuan rekreasi menyebabkan pencemaran dan kerosakan hutan lipur ini. Antaranya ialah sikap pengunjung terutamanya golongan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme seperti merosakkan pokok-pokok yang berharga, membuang sampah merata-rata, merosakkan bangku dan pondok yang dibina untuk kemudahan orang ramai serta menconteng perkataan yang tidak senonoh. Selain itu, sikap pengunjung yang tidak mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar juga menyebabkan pencemaran kepada Hutan Lipur LB. Hutan lipur ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Pihak Pengurusan Hutan Lipur LB mestilah menyemai sikap menyayangi alam sekitar dan menerapkan budaya yang sihat kepada pengunjung supaya masyarakat membuka mata terhadap kepentingan pemeliharaan hutan lipur. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kebarangkalian kesanggupan membayar masyarakat (WTP) terhadap program pemeliharaan Hutan Lipur LB melalui Kaedah Penilaian Kontingen (CVM) supaya dapat mengekalkan keindahan dan keunikan khazanah alam ini. CVM digunakan bertujuan untuk menilai kebarangkalian kesanggupan membayar masyarakat berdasarkan pendapatan responden, umur responden dan WTP responden. Hasil kajian membuktikan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan di antara kebarangkalian kesanggupan membayar dengan pendapatan, umur dan WTP responden. Selain itu, kertas kerja ini juga turut mengupas pengurusan kawasan oleh Pihak Pengurusan Hutan Lipur LB yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi terkenal dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai kepada organisasi supaya boleh melaksanakan polisi yang baik supaya membantu membuat perancangan hutan lipur yang baik seterusnya dapat meningkatkan jumlah pengunjung pada tahun-tahun akan datang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9272
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 58 FPE 2 2008 Abstract.pdf429.12 kBAdobe PDFView/Open
LP 58 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.36 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.