Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9268
Title: Isu, masalah dan cabaran sektor pertanian di Malaysia pada masa kini
Authors: Siti Aishah Zakaria
Keywords: Siti Aishah Zakaria
LP 66 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sektor pertanian merupakan sektor ketiga penting yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Walaupun pertumbuhannya agak kecil, namun kepentingannya tidak dapat dinafikan dalam menggalak pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam sektor industri asas tani yang menjadi fokus kerajaan dalam membangunkan sektor pertanian pada masa depan. Apa yang dilihat kerajaan, sektor ini bukan sahaja menjadi pengeluar makanan negara, tetapi juga mempunyai cabaran yang besar terutama dalam industri asas tani yang memberikan banyak ruang kepada industri kecil dan sederhana (IKS) terutama dalam industri pemprosesan makanan dan aktiviti nilai tambah di negara ini untuk berkembang maju. Oleh itu, kajian ini cuba melihat sejauhmana isu, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian pada masa kini walaupun sumbangannya mampu meningkatkan jumlah pendapatan negara. Bagi membuktikan objektif berkenaan, beberapa hipotesis telah dibentuk dan diuji menggunakan data tahunan berbentuk siri masa. Kaedah Ko- lntegrasi, Ujian Punca Unit dan Ujian Ko-lntegrasi Berbilang Pembolehubah Johansen telah diaplikasi dalam kajian. lni bagi membuktikan setiap pembolehubah- pembolehubah yang dipilih adalah berhubungan di antara satu sama lain.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9268
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 66 FPE 2 2008 Abstract.pdf460.12 kBAdobe PDFView/Open
LP 66 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.07 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.