Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9266
Title: | Kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap KDNK Malaysia |
Authors: | Siti Athirah Jaafar LP 68 FPE 2 2008 |
Keywords: | LP 68 FPE 2 2008 Siti Athirah Jaafar |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kenaikan harga minyak dunia yang berterusan sejak pertengahan tahun 2004 mengakibatkan kenaikan harga barangan lain secara langsung serta menjadi bebanan kepada pengguna. Tingkat harga minyak ini dikawal oleh negara OPEC melalui penawaran kuantiti minyak mentah dunia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian juga cuba mengenalpasti corak kenaikan harga minyak dunia bagi tempoh 18 tahun bermula dari tahun 1987 sehingga 2005. Beberapa pembolehubah digunakan bagi menjalankan kajian ini iaitu harga minyak dunia, KDNK Malaysia, eksport , import, pengeluaran minyak mentah Malaysia serta indeks harga pengguna. Bagi melihat tren yang wujud dalam data siri masa, pengkaji menggunakan kaedah regresi berbilang dan ujian punca unit bagi menentukan kepegunan data siri masa tersebut. Ujian kointegrasi serta ujian penyebab Granger pula digunakan bagi mengkaji kewujudan hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara pembolehubah yang digunakan. Dapatan kajian membuktikan wujudnya hubungan jangka panjang dan pendek antara pembolehubah. Hasil yang lebih baik mungkin dapat diperolehi sekiranya data yang digunakan adalah dalam tempoh masa yang lebih panjang. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9266 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 68 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 598.29 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 68 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 2.07 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.