Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9265
Title: Kajian keperluan perkhidmatan bekalan air yang lebih efisien : kajian kes di Pahang
Authors: Siti Yusnira Mohamad Yunus
Keywords: Siti Yusnira Mohamad Yunus
LP 69 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kertas projek ini mengkaji nilai kepentingan ekonomi dalam menambah baik perkhidmatan bekalan air kepada penduduk di negeri Pahang. Penilaian bagi perkhidmatan alam sekitar di peringkat penduduk tempatan secara perbandingannya adalah kurang dikaji dalam kajian penyelidikan untuk perkhidmatan alam sekitar. Berdasarkan jumlah penduduk, bekalan air yang disalurkan di Negeri Pahang ini telah menurun mengikut peredaran masa, kesan daripada keutamaan untuk memenuhi keperluan pembangunan perindustrian. Oleh kerana kegunaan utama air ialah untuk penggunaan domestik maka Contingent Valuation Method (CVM) telah digunakan untuk menentukan nilai permintaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air. Hasil kajian mendapati bahawa penduduk mempunyai kesanggupan untuk membayar RM4.03 sebulan sebagai caj tambahan dalam bil air bulanan mereka. Justeru itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan yang efektif berdasarkan kepada keperluan utama penduduk yang jelas inginkan pengurusan bekalan air yang lebih berkualiti.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9265
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 69 FPE 2 2008 Abstract.pdf377.2 kBAdobe PDFView/Open
LP 69 FPE 2 2008 Abstract.pdf377.2 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.