Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9262
Title: | Pertumbuhan produktiviti faktor menyeluruh (TFPG) dalam sektor pembuatan di Malaysia |
Authors: | Yusniza Awang Ahmad @ Muhamed |
Keywords: | Yusniza Awang Ahmad @ Muhamed LP 73 FPE 2 2008 |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Sektor pembuatan di Malaysia merupakan antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan KDNK Negara pada masa kini. Sumbangan pertumbuhan TFP adalah penting dalam sektor pembuatan di negara ini kerana ia mampu membolehkan sektor ini terus bersaing di pasaran global. Kemajuan teknologi adalah faktor penting dalam membolehkan sektor pembuatan negara terus aktif bersaing secara kompetitif bagi memperkukuhkan lagi prestasi sektor ini. Kajian ini bertujuan untuk menganggar pertumbuhan produktiviti faktor menyeluruh (TFPG) dalam sektor pembuatan di Malaysia untuk tempoh masa kajian dari tahun 1981 sehingga 2004. Bagi mencapai objektif kajian ini, teknik pengeluaran translog melalui kaedah analisis pengeluaran pembatasan stokastik dengan menggunakan program FRONTIER versi 4.1 telah digunakan. Penggunaan pendekatan ini mampu menguraikan komponen TFPG kepada kemajuan teknikal (TP), dan perubahan tingkat kecekapan (TEC). Hasil kajian terhadap TFPG sektor pembuatan di Malaysia mendapati peningkatan dalam pertumbuhan TFP adalah didorong oleh sumbangan dalam kemajuan teknikal (TP) yang memberangsangkan dan pertumbuhan TFP tertinggi dicatatkan pada tahun 1998 walaupun negara menghadapi krisis kewangan pada tahun sebelumnya, 1997. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9262 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 73 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 580.5 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 73 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 4 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.