Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9262
Title: Pertumbuhan produktiviti faktor menyeluruh (TFPG) dalam sektor pembuatan di Malaysia
Authors: Yusniza Awang Ahmad @ Muhamed
Keywords: Yusniza Awang Ahmad @ Muhamed
LP 73 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sektor pembuatan di Malaysia merupakan antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan KDNK Negara pada masa kini. Sumbangan pertumbuhan TFP adalah penting dalam sektor pembuatan di negara ini kerana ia mampu membolehkan sektor ini terus bersaing di pasaran global. Kemajuan teknologi adalah faktor penting dalam membolehkan sektor pembuatan negara terus aktif bersaing secara kompetitif bagi memperkukuhkan lagi prestasi sektor ini. Kajian ini bertujuan untuk menganggar pertumbuhan produktiviti faktor menyeluruh (TFPG) dalam sektor pembuatan di Malaysia untuk tempoh masa kajian dari tahun 1981 sehingga 2004. Bagi mencapai objektif kajian ini, teknik pengeluaran translog melalui kaedah analisis pengeluaran pembatasan stokastik dengan menggunakan program FRONTIER versi 4.1 telah digunakan. Penggunaan pendekatan ini mampu menguraikan komponen TFPG kepada kemajuan teknikal (TP), dan perubahan tingkat kecekapan (TEC). Hasil kajian terhadap TFPG sektor pembuatan di Malaysia mendapati peningkatan dalam pertumbuhan TFP adalah didorong oleh sumbangan dalam kemajuan teknikal (TP) yang memberangsangkan dan pertumbuhan TFP tertinggi dicatatkan pada tahun 1998 walaupun negara menghadapi krisis kewangan pada tahun sebelumnya, 1997.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9262
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 73 FPE 2 2008 Abstract.pdf580.5 kBAdobe PDFView/Open
LP 73 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
4 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.