Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9254
Title: Ultrastructure study of polychaetes : a contribution to development of biodiversity database system
Authors: Mohd Uzair Rusli
Keywords: LP 29 FMSM 1 2008
Mohd Uzair Rusli
Issue Date: 2008
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Polychaetes merupakan orgamsma mann yang memainkan peranan penting dalam penilaian kualiti alam sekitar dan juga sebagai makanan hidup dalam industri akuakultur. Kajian ini adalah untuk mengetahui ultrastruktur pada polychaetes seperti parapodia, setae dan juga prostomium yang digunakan dalam mengenalpasti spesies dan diketahui berkait rapat terhadap penyesuaiannya dengan persekitaran. Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM) digunakan untuk memerhatikan ciri-ciri diagnostik pada polychaetes yang dijumpai di kawasan rumput laut Sungai Pulai. Kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan kepada ekosistem dalam Konvensyen RAMSAR. Polychaetes yang mempunyai saiz yang pelbagai antara famili memerlukan kaedah pengawetan dan penyediaan yang berbeza untuk membolehkan spesimen dilihat dengan sempurna. Oleh itu beberapa pengubahsuaian telah dilakukan daripada kaedah piawai untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Segala maklumat yang diperoleh telah disimpan di dalam pengkalan data yang dibina khusus untuk polychaetes dengan menggunakan perisisan Filemaker Pro. Strategi pertama dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan adalah meningkatkan asas pengetahuan saintifik iaitu dengan mengkaji dan mendokumenkan kepelbagaian biologi di Malaysia. Antara pelan tindakan bagi strategi diatas adalah menghasilkan pengkalan data kepelbagaian biologi dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan. Kajian seumpama ini merupakan suatu aset kerana masalah penyimpanan data secara konvensional suatu ketika dahulu telah dapat diatasi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9254
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 29 FMSM 1 2008 Abstract.pdf950.87 kBAdobe PDFView/Open
LP 29 FMSM 1 2008 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.