Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9179
Title: Keutamaan pemilik kenderaan persendirian beralih daripada penggunaan bahan cfc-12 kepada hfc134a : aplikasi pemodelan pilihan
Authors: Mohd Zaki Mahpoz
Keywords: Mohd Zaki Mahpoz
LP 36 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penipisan lapisan ozon merupakan satu isu hangat yang sering dibincangkan di dunia. Penipisan lapisan ozon akan memberi impak negatif terhadap manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan akuatik. Salah satu faktor utama yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah penggunaan bahan penyejuk CFC-12 di dalam penyaman udara kenderaan. Kajian ini dilakukan bagi melihat kesanggupan membayar pemilik kenderaan persendirian berdasarkan kepada atribut-atribut yang diberi untuk beralih kepada gas HFC134a. Pemodelan Pilihan ini telah digunakan untuk menerbitkan atribut yang memberi kesan kepada kecenderungan untuk bertukar kepada permintaan terhadap gas yang mesra alam. Hasil kajian mendapati bahawa faktor bukan kewangan seperti kebarangkalian dijangkiti kanser kulit nyata sekali memberi kesan kepada permintaan untuk bertukar sama seperti faktor harga juga. Oleh yang demikian, menurunkan harga gas HFC134a akan menggalakkan pengguna untuk beralih keutamaan mereka kepada gas yang baru. Selain itu ia boleh dipertimbangkan untuk membuat polisi untuk menggalakkan penggunaan gas yang mesra alam.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9179
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 36 FPE 2 2008 Abstract.pdf557.94 kBAdobe PDFView/Open
LP 36 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.51 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.