Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9177
Title: Kecekapan kos dan untung dalam industri insurans : analisis penyampulan data (DEA)
Authors: Noor Haslinda Rosli
Keywords: Noor Haslinda Rosli
LP 38 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: lndustri lnsurans Konvensional dan Takaful memainkan peranan penting sebagai ejen keseimbangan sosial dalam ekonomi. Perkembangan industri Konvensional dapat dilihat melalui peningkatan pendapatan premium dalam peratusan KNK nominal iaitu daripada 5.1 peratus pada tahun 2003 kepada 5.2 peratus pada tahun 2004. Manakala kadar penembusan pasaran juga turut mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi pada tahun 2004 iaitu sebanyak 37.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan industri Takaful yang telah mencatatkan peningkatan yang ketara dalam caruman bersih iaitu sebanyak 70.9 peratus pada tahun 2004 berbanding pada tahun 1986 yang hanya mencatatkan caruman bersih sebanyak 37.5 peratus. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan dan pencapaian industri insurans di Malaysia dalam pasaran yang kompetitif, mengenalpasti kecekapan kos minimum dan keuntungan maksimum serta melakukan perbandingan antara industri insurans Konvensional dan Takaful. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian dilakukan terhadap 13 buah syarikat insurans Konvensional dan 2 buah syarikat insurans Takaful bagi tempoh 2002 hingga 2006 dengan menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada laporan tahunan syarikat terlibat. Kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) digunakan bagi mendapatkan penganggaran kecekapan kos dan untung serta penilaian terhadap kecekapan organisasi. Penemuan kajian berdasarkan kepada analisis kecekapan keuntungan, analisis kecekapan kos dan juga analisis kecekapan skala menunjukkan kebanyakan syarikat insurans Konvensional mencapai kecekapan dalam tempoh kajian berbanding syarikat insurans Takaful. Pencapaian ini dapat dilihat menerusi syarikat insurans MAA dan Pan Global yang mencapai tingkat kecekapan bagi tempoh 2002-2003 sementara Allianz dan Hong Leong mencapai kecekapan dalam tempoh 2004-2006.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9177
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 38 FPE 2 2008 Abstract.pdf466.38 kBAdobe PDFView/Open
LP 38 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.48 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.