Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9176
Title: Analisis perbandingan di antara pelancong tempatan dan luar negara di Taman Negara Bako, Sarawak
Authors: Nooryanty Shamsudin
Keywords: Nooryanty Shamsudin
LP 39 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sarawak merupakan sebuah negeri yang popular dengan budaya dan warisan sejarah serta industri ekopelancongannya. Terdapat pelbagai produk pelancongan di Sarawak dan salah satu tarikan utama yang mempunyai keunikan alam tersendiri ialah Taman Negara Sako. Lazimnya, jumlah permintaan pelancong tempatan dan luar negara terhadap sesuatu produk pelancongan adalah tidak menentu dan ini turut berlaku dalam permintaan pelancongan di Taman Negara Sako. Selain itu, latar belakang setiap pelancong pula adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan kepada negara asal pelancong. Manakala, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke sesebuah tempat pelancongan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis perbandingan di antara pelancong tempatan dan luar negara di Taman Negara Sako, Sarawak berdasarkan kepada beberapa objektif khusus kajian ini. Antara tujuan khusus kajian ini adalah menganalisis faktor demografi pelancong dan trek-trek yang kerap dikunjungi. Perbandingan di antara pelancong tempatan dan luar negara turut di kaji dan akhir sekali faktor-faktor yang menggalakkan kedatangan pelancong ke taman negara tersebut dikenal pasti. Untuk mencapai tujuan tersebut, seramai 100 responden yang terdiri daripada pelancong taman negara tersebut telah disoal selidik. Manakala data jumlah kedatangan pelancong pula diperoleh daripada Visitors Information Centre, Kuching. Hasil daripada soal selidik, demografi para pelancong dan juga trek-trek yang menjadi tumpuan utama para pelancong dapat diketahui. Perbandingan di antara pelancong tempatan dan luar negara juga menunjukkan tren yang hampir sama walaupun jumlah kedatangan bagi kedua-duanya adalah berbeza dengan ketara. Akhir sekali, didapati bahawa terdapat dua faktor penting yang menjadi penentu kepada tujuan kedatangan pelancong ke Taman Negara Sako iaitu kualiti produk pelancongan dan juga keselesaan kemudahan yang disediakan oleh taman negara tersebut.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9176
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 39 FPE 2 2008 Abstract.pdf453.96 kBAdobe PDFView/Open
LP 39 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.82 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.