Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9175
Title: Ke arah Malaysia maju 2020 : perancangan dan pencapaian
Authors: Nor Asyrin Baharuddin
Keywords: Nor Asyrin Baharuddin
LP 40 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pembasmian kemiskinan, salah satu objektif utama dalam Matlamat Pembangunan Milenium (MDG), telah menjadi isu penting pada tahun 1970, ketika separuh daripada isi rumah di Malaysia berada dalam kemiskinan. Menjelang tahun 2002, hanya lima peratus isi rumah masih miskin, walaupun tahapnya berbeza mengikut negeri dan kumpulan etnik. Usaha-usaha untuk mengurangkan kemiskinan yang berjaya dilaksanakan memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar dan pertanian, eksport barangan pembuatan yang menggunakan ramai tenaga kerja, dan pembangunan dalam sub sektor pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Pendidikan rendah universal telah dicapai pada tahun 1990, di mana hampir semua kanak-kanak yang bersekolah menamatkan persekolahan rendah. lni merupakan penambahbaikan yang ketara berbanding dengan tahun 1970, di mana satu pertiga penduduk berumur enam tahun ke atas tidak pernah bersekolah. Bilangan kanak-kanak perempuan yang bersekolah hampir menyamai bilangan kanak-kanak lelaki pada tahun 1970, dan kini pula melebihi lelaki pada peringkat menengah dan tinggi. Sebahagian daripada arah aliran ini dapat dilihat dalam kadar pekerjaan lelaki dan wanita. Namun demikian, oleh kerana tanggungjawab wanita adalah pelbagai dan peluang pekerjaan terhad, penyertaan kaum wanita dalam tenaga buruh secara relatifnya adalah kurang. Mortaliti kanak-kanak dan kesihatan ibu mengandung telah menunjukkan pengurangan kepada kadar yang paling rendah di rantau ini melalui sistem penjagaan kesihatan primer yang berkesan dan akses kepada bekalan air berkualiti, pemakanan dan sistem kumbahan. Malaria telah hampir dihapuskan di kebanyakan kawasan yang padat dengan penduduk tetapi dengan adanya HIV/AIDS dan batuk kering, ianya memerlukan perhatian.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9175
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 40 FPE 2 2008 Abstract.pdf530.08 kBAdobe PDFView/Open
LP 40 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
6.57 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.