Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9174
Title: | Analisis produktiviti dan kecekapan sektor pertanian (getah) : pendekatan stokastik frontier |
Authors: | Norhasikin Othman |
Keywords: | Norhasikin Othman LP 41 FPE 2 2008 |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Pertanian merupakan sumber terpenting dalam sektor ekonomi di Malaysia. Peningkatan output sektor pertanian telah menyumbang kepada pendapatan dan kehidupan yang lebih baik, terutamanya bagi pekebun kecil di kawasan luar bandar. Dalam usaha untuk memantapkan taraf hidup pekebun kecil ini, kecekapan dan produktiviti di kalangan pekebun kecil ini adalah penting. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor pertanian, terutamanyan getah, tangguangjawab telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (RISDA). Sebagai bukti, tahun 2003 merupakan tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) di mana RISDA meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat pekebun kecil. Sebagai pengeluar bahan mentah, khususnyan getah, pendapatan pekebun kecil dipengaruhi oleh harga komoditi tersebut. Dalam RMK 9 pula, penekanan diberikan terhadap program tanam semula yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan seterusnya akan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan khusus untuk mengkaji produktiviti kebun getah dan tahap kecekapan teknikal pekebun kecil di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan juga untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan dikalangan pekebun kecil dengan menggunakan pendekatan Stokastik Frontier (SF). Hasil keputusan kajian membuktikan bahawa produktiviti pekebun kecil adalah dipengaruhi oleh luas kebun yang dimiliki dan juga bilangan pokok yang ditoreh . Faktor ketidakcekapan yang digunakan telah menunjukkan kesan yang positif terhadap kecekapan teknikal. Keadaan ini beerti tahun mula menoreh dan sistem torehan yang digunakan dapat meningkatkan pengeluaran basil getah oleh pekebun kecil. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membuktikan bahawa peningkatan produktiviti dan kecekapan teknikal di kalangan peke bun kecil dapat meningkatkan taraf hidup mereka. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9174 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 41 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 513.84 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 41 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 2.76 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.