Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9172
Title: | Analisis pelancongan luar bandar, kajian kes : Ulu Legong, Kedah |
Authors: | Nor Hidayah Ahmad |
Keywords: | Nor Hidayah Ahmad LP 43 FPE 2 2008 |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Pelancongan luar bandar sering diperkatakan sebagai salah satu pemangkin pembangunan ekonomi setempat. la mampu mewujudkan pembangunan sesuatu kawasan di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis perkembangan pelancongan luar bandar di Ulu Legong, Kedah. Pada kebiasaannya, pelancongan luar bandar tidak mendapat sambutan apatah lagi jika kedudukan kawasan tersebut adalah agak terpencil dan terpinggir. Kaedah pengumpulan data adalah melalui data sekunder yang diperoleh dari Majlis Daerah Baling dan soal selidik terhadap pelancong yang datang ke Pusat Rekreasi Air Ulu Legong. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis siri masa, deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati faktor utama yang menarik pelancong ke Ulu Legong adalah sumber air iaitu kolam air panas. Di samping itu, perbelanjaan pelancong sebelum perjalanan ke Ulu Legong adalah tinggi daripada perbelanjaan pelancong semasa berada di Ulu Legong. Perbelanjaan ini dipengaruhi oleh pendapatan pelancong itu sendiri. Penemuan kajian ini adalah penting bagi membuat keputusan dalam pengurusan dan strategi pembangunan di Ulu Legong. Penemuan dan cadangan yang bersesuaian diutarakan untuk pembaikan dan memajukan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan yang berguna kepada sesiapa yang membacanya. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9172 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 43 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 564.05 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 43 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.