Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9171
Title: Mobiliti pelaburan langsung asing terhadap insiden pengangguran di Malaysia : aplikasi model vektor autoregresi
Authors: Noris Fatilla Ismail
Keywords: LP 44 FPE 2 2008
Noris Fatilla Ismail
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Secara keseluruhan kajian ini adalah untuk menilai pengaruh pelaburan langsung asing dalam mencorakkan pola pengangguran Malaysia. Secara khususnya pula, kajian ini adalah untuk menganalisis integrasi antara pelaburan langsung asing dan tren pengangguran Malaysia. Bagi memperoleh keputusan yang menyeluruh, kajian ini menggunakan Model Vektor-Autoregresif (VAR) bagi melihat kesan jangka panjang mobiliti pelaburan asing terhadap insiden pengangguran di Malaysia serta analisis secara regresi juga digunakan dalam membuktikan kajian ini secara empirikal. Hubungan antara kadar pengangguran dengan pelaburan langsung asing akan dilihat berasaskan kajian empirikal dengan menggunakan data siri masa bagi tempoh 1975-2006. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa mobiliti pelaburan asing secara tidak langsung telah menunjukkan kewujudan pengangguran di mana kemasukan teknologi yang menyebabkan permintaan untuk tenaga buruh berkurangan. Selain daripada itu, AFT A memberi kesan yang positif kepada kadar pengangguran di dalam negara. Jadi, dasar harus digubal bagi mengimbangi mobiliti pelaburan asing yang mampu mencipta peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor ekonomi pada masa akan datang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9171
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 44 FPE 2 2008 Abstract.pdf331.14 kBAdobe PDFView/Open
LP 44 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.