Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9170
Title: Penilaian beban kos perbelanjaan pencen kerajaan Malaysia : aplikasi model vektor autoregresi
Authors: Norizan Mohd Noor
Keywords: Norizan Mohd Noor
LP 45 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Berdasarkan konsep pencen, sistem pemprosesan pencen dan pengurusannya mestilah berkesan supaya amalan pembayaran pencen dapat dibuat tanpa apa-apa penangguhan. Oleh itu, segala masalah berkaitan dengan pengurusan dan pemprosesan pencen perlulah diperbaiki dengan berlandaskan kepada tujuan pencen ini. Bagaimanapun pelaksanaan atau pembayaran pencen memerlukan penilaian kerana pada masa kini ia dikatakan membebankan kos perbelanjaan kerajaan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi beban kos perbelanjaan pencen kerajaan, kesan perubahan sistem saraan ke atas perbelanjaan pencen kerajaan dan mengenal pasti hubungan antara kos perbelanjaan pencen kerajaan dengan bilangan populasi dan bilangan kakitangan kerajaan dalam jangka panjang. Untuk tujuan ini, data siri masa dari tahun 1980 hingga tahun 2005 bagi kos perbelanjaan pencen kerajaan sebagai pemboleh ubah bersandar dan bilangan populasi serta bilangan kakitangan kerajaan sebagai pemboleh ubah bebas di lakukan pengujian. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian kepegunan, ujian ko-integrasi Johansen dan model Vektor Autoregrasi (VAR) bagi melihat kewujudan hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati bahawa data pemboleh ubah adalah pegun dan wujudnya hubungan jangka panjang antara kos perbelanjaan pencen dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas bagi pengujian model Vektor Autoregresi .Oleh itu, sebarang perubahan dalam polisi yang berkaitan pengurusan pencen perlulah mengambil kira faktor jangka masa panjang. Beberapa cadangan telah dikemukakan berdasarkan hasil kajian yang diperoleh dalam kajian ini bagi penambahbaikan sistem persaraan negara.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9170
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 45 FPE 2 2008 Abstract.pdf507.06 kBAdobe PDFView/Open
LP 45 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
2.1 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.