Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9169
Title: Analisis penyampulan data (DEA) terhadap kecekapan eksport tanaman komoditi utama Malaysia
Authors: Nor Madalina Azami
Keywords: Nor Madalina Azami
LP 46 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sektor pertanian merupakan sektor tradisi bagi ekonomi Malaysia. la memberi sumbangan yang agak besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), guna tenaga dan pendapatan eksport. Di Malaysia, komoditi pertanian yang banyak menyumbang kepada pendapatan eksport ialah kelapa sawit, getah, koko dan kayu balak. Faktor-faktor pengeluaran yang cekap seperti tanah, buruh, modal, usahawan dan teknologi telah meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran tanaman komoditi. Objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisis kecekapan yang dicapai dalam sektor pertanian melalui penggunaan Analisis penyampulan data. Kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) merupakan kaedah yang digunakan dalam menerangkan prestasi tentang unit pembuat keputusan. Melalui model dalam kaedah DEA seperti CCR output, CCR input, BCC output dan BCC input dalam setiap tanaman komoditi yang dikaji dan dapat mengetahui sama ada pengeluaran dan hasil yang diperolehi daripada eksport tanaman adalah cekap ataupun tidak cekap. Hasil daripada kajian ini amat penting kepada institusi pertanian dan kerajaan untuk membangunkan lagi sektor pertanian setanding dengan sektor yang lain.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9169
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 46 FPE 2 2008 Abstract.pdf480 kBAdobe PDFView/Open
LP 46 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.72 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.