Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9167
Title: Keutamaan masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan Taman Negara Pulau Pinang
Authors: Nor Shila Ahmad @ Yusoff
Keywords: Nor Shila Ahmad @ Yusoff
LP 48 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penurunan dalam kualiti Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) berlaku kerana masalah kegagalan pasaran global. Pada kebiasaannya, pasaran hanya mengambil kira permintaan terhadap produk hutan tetapi ia gagal mengambil kira permintaan bagi pemeliharaan dan pemuliharaannya. Bagi memastikan pilihan pengagihan sumber diagihkan secara cekap, pembuat keputusan memerlukan satu rangka kerja untuk menganggar nilai bukan gunaan bagi pemeliharaan TNPP ini. Penilaian individu terhadap ciri utama yang menjadi pilihan masyarakat untuk pemeliharaan TNPP ini perlu dijalankan. Tetapi agak sukar untuk menentukan ciri yang diutamakan oleh masyarakat kerana ia adalah barang bukan pasaran. Barang bukan pasaran seperti TNPP ini mempunyai faedah atau nilai yang tersendiri tetapi nilainya adalah nilai yang tidak nampak. Teknik penilaian bukan pasaran 'Contingent Valuation Method' (CVM) boleh digunakan tetapi ia masih mempunyai batasan untuk diaplikasikan. Oleh itu, muncul satu kaedah iaitu 'Choice Modelling' (CM) yang sesuai bagi situasi yang kompleks dan ianya konsisten dengan kehidupan yang sebenar. Dalam kajian ini, eksperimen CM adalah untuk menganggar nilai bagi setiap atribut dalam pemeliharaan TNPP dan kesanggupan membayar komuniti. Secara puratanya, masyarakat sanggup membayar dan atribut yang menjadi keutamaan masyarakat ialah nilai rekreasi serta pemeliharaan flora dan fauna.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9167
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 48 FPE 2 2008 Abstract.pdf594.7 kBAdobe PDFView/Open
LP 48 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.01 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.