Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9165
Title: Analisis maklumat tidak simetri dalam pasaran perumahan menerusi persepsi pengguna di Malaysia
Authors: Norzanita Muhamad Muhktar
Keywords: Norzanita Muhamad Muhktar
LP 50 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Agenda perumahan merupakan agenda terpenting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negara. Hal ini adalah kerana perumahan memenuhi satu aspek keperluan asas manusia dan penyediaan unit rumah yang mencukupi dan selamat disertai infrastruktur asas adalah penting bagi menjamin kesejahteraan fizikal, psikologikal, ekonomi dan sosial seseorang individu. Malaysia yang kini mengorak langkah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 juga memberikan fokus khas kepada sektor perumahan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat domestik. Sebanyak RM 7 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan sektor perumahan di dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) dan RM 11.5 bilion di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Kajian ini amat penting untuk mengkaji ketidakseimbangan yang sedang berlaku di dalam pasaran perumahan negara. Kajian yang dijalankan adalah mengenai kewujudan maklumat tidak simetri di dalam pasaran perumahan negara menerusi persepsi pengguna khususnya. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti apakah jenis maklumat tidak simetri yang wujud beserta faktor-faktor yang mempengaruhinya di sepanjang proses transaksi jual beli sesebuah unit rumah yang melibatkan pihak pemaju perumahan dan pihak pengguna selaku pembeli unit kediaman. Sebagaimana menurut Bajet 2008 yang baru-baru ini dibentangkan, sektor perumahan adalah sektor ekonomi negara yang masih berlarutan masalahnya. Antara masalah yang kerap menimpa para pembeli rumah dan sering diadukan kepada pihak Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ialah berkenaan rumah terbengkalai, ketidaksempurnaan struktur dan kualiti rumah yang baru diduduki, faedah pinjaman bank yang melambung tinggi, sikap pemaju yang lepas tangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, permintaan terhadap perumahan semakin hari semakin meningkat walaupun terdapat rungutan atau keluhan mengenainya. Untuk menyelesaikannya, pihak kerajaan dan swasta bergiat aktif dalam mempromosi rumah yang mampu dimiliki atau disewa dan berkualiti untuk diduduki. Kaedah penyelesaian untuk mengenalpasti kewujudan maklumat tidak simetri yang digunakan adalah menerusi kajian seal selidik terhadap sampel kajian di seluruh Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam membeli rumah.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9165
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 50 FPE 2 2008 Abstract.pdf505.18 kBAdobe PDFView/Open
LP 50 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
5.34 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.