Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9160
Title: Laporan akhir latihan industri di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Ayer Keroh Melaka
Authors: Md Faizal Baharom
Keywords: LI 12 FPE 2 2007
Md Faizal Baharom
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Latihan Industri (LI) merupakan satu komponen kursus penting dalam program pengajian di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE). Melalui Latihan lndustri, pelatih telah dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai teori dan pengajaran yang selama ini hanya dipelajari secara pemahaman di dalam bilik kuliah telah dapat pelatih lihat melalui reality alam pekerjaan. Selain dari itu, Latihan lndustri turut mendedahkan pelatih mengenai gambaran dan situasi sebenar alam pekerjaan. Pelatih telah didedahkan dengan pelbagai situasi disamping pendedahan dari segi aspek kemahiran asas mengenai profesionalisme pekerjaan di mana ianya berkaitan dengan program pengajian yang sedang diduduki oleh pelatih ketika ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sepanjang 12 minggu menjalani Latihan Industri, pelatih telah ditempatkan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Teras aktiviti organisasi ini adalah memberi perkhidmatan kepada warga Bandar Melaka dan menjaga keindahan dan keharmonian persekitaran kawasan Bandar Melaka. Pelatih telah melakukan beberapa analisis dan mendapati terdapat beberapa masalah sebenar disamping potensi masalah untuk wujud dalam sistem kerja tersebut. Justeru, melalui laporan ini pelatih turut menyenaraikan beberapa cadangan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Namun ingin dijelaskan di sini, tidak semua masalah yang diutarakan merujuk kepada masalah yang sebenar, kerana ada masalah tersebut lahir daripada buah fikiran pelatih sendiri. Secara keseluruhannya, pelatih berharap agar laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang membacanya kelak.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9160
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 12 FPE 2 2007 Abstract.pdf2.02 MBAdobe PDFView/Open
LI 12 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
58.4 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.