Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9156
Title: Pengumpulan logam berat di dalam tiga spesis molusk (Anadara granosa, Polymesoda expansa dan Crassostria sp.) di Setiu Terengganu
Authors: Mohd Fadhil Kasim
Keywords: LP 20 FMSM 2 2007
Mohd Fadhil Kasim
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sampel tiga spesis molusk di ambil dari tiga stesen mengikut spesis di kawasan hutan paya laut Setiu. Sampel sediment juga diambil bagi menkaji hubungan kepekatan logam berat didalamnya dengan molusk. Kaedan pencernaan terbuka digunakan untuk sampel molusk yang dipilih mengikut 5 jenis saiz utama yang menjadi makanan penduduk setempat. Sampel sediment dicerna dengan menggunakan kaedah pencernaan Teflon bomb. Kemudian semua sampel di analisa kandungan logam beratnya menggunakan AAS. Kandungan peratusan karbon organik juga ditentukan. Keputusan menunjukkan bahawa julat kepekatan logam Cu ialah 2.28 ± 0.52μglg bagi spesis anadara granosa, 1.49 ± 0.56μg/g bagi spesis polymesoda expansa dan 2.57 ± 0.22μglg bagi crassostria sp. Julat bagi logam Cd ialah 0.49 ± 0.03μg/g untuk spesis anadara granosa, polymesoda expansa 0.43 ± 0.01 μgig dan 0.46 ± 0.03 μgig bagi spesis crassostria sp. Bagi logam Pb pula, julat kepekatan yang terkandung dalam spesis anadara granosa ialah 4.39 ± l .02μg/g, 2.23 ± 1.1 Oμg/g bagi polymesoda expansa dan bagi crassostria sp pula ialah 3.68 ± 1.01 μgig. Julat kepekatan logam Zn di dalam spesis anadara granosa pula ialah 124.96 ± 45.22μg/g, polymesoda expansa 70.73 ± 30.2lμg/g dan 340.22 ± 96.2lμglg bagi crassostria sp. Hubungan peratusan karbon organik menunjukkan logam Pb dan Cd menunjukkan hubungan positif.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9156
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 20 FMSM 2 2007 Abstract.pdf661.54 kBAdobe PDFView/Open
LP 20 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.47 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.